Generasi Impian Selangor dan Anti-zina


Kempen anti-zina telah dirasmikan oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid semalam (30 Ogos).

Kempen ni merupakan anjuran kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor(GEMS) sebagai antara usaha bagi membanteras dan memantau gejala sosial termasuklah kes buang bayi yang menjadi-jadi la ni.

Satu hari boleh keluar sampai 4 kes buang bayi yang dilaporkan. Tak termasuk kes yang tak direkodkan.

Menunjukkan seriusnya salah laku seksual yang terjadi sekarang.

Masa khutbah Jumaat baru ni ada sebut tentang satu kajian oleh sebuah universiti. 300 daripada 400 respondent yang ditemui mengaku terlibat dengan salah laku seksual.

75 peratus, dah boleh dapat A da untuk kajian tersebut!

GeMS, bukan germs ok!


Ah.

Bila hilangnya rasa bertuhan, yang memandu seseorang manusia itu hanyalah hawa nafsunya. Bukannya iman dan taqwa.

p/s-indahnya rasa bertuhan =)

2 Responses


  1. inniakhofullah on September 10, 2010 at 9:56 AM

    salam syawal.

    gusarnya hati ibu tatkala anak dalam kandungan bakal lahir ke dunia.Sejak kecil masih tidak boleh diramal masa hadapannya.Adakah bakal mujtahid atau bakal penzina.


    Kan best kalau tanda-tanda kejahatan sudah diketahui oleh si ibu bapa.Tidak payah pelihara,bunuh saja setelah lahir.

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on September 10, 2010 at 7:10 PM

    salam aidilfitri!

    hm,

    manusia memang begitu. ilmu dan pengetahuannya terbatas. Tidak seperti Allah yang mengetahui segala-galanya, yang telah lepas, sedang berlaku mahupun yang akan datang.

    Doa sajalah "dikurniakan isteri dan anak-anak yang sejuk mata memandang" kan?!

    Peace.