Masa berbaki



Hadiah dari abang 'Saiful Islam Mesir'. Tekalah sendiri siapa hehe..


Bila dihitung-hitung, waktu berbaki di bumi Mesir ini
tinggal kurang lebih 2 tahun.
Malah kurang dari itu jika ditolak cuti.

Makanya, perancangan perlu dibuat sehabis baik.
Banyak lagi yang belum tercapai. Ilmu dan sebagainya dalam
tempoh masa yang tinggal sedikit ini.

Mujurlah seorang senior tahun 6 bermurah hati hadiahkan planner ni.
Katanya kita banyak membantu masa jadi ajk kecil Bikon dahulu.

Ya, dulu. Sekitar tahun 2007-2008.
Terima kasih daun keladi kita ucapkan :)

Jadi tahun ini kita gantung planner percuma ini pada papan
di depan meja studi. Biar mudah dilihat dan disemak.
Jangan biarkan walau satu kotak pun kosong tak terisi.

Ha, cuak pula.

Antara mahu dan mampu, berbalik pada kita untuk menilai.
Biarlah masa berbaki ini menjadi yang terbaik.
Tak mahu nangis-nangis regret bila dah balik Malaysia nanti :(


p/s- Mari belajar fiqh keutamaan. Juga pengkhususan, kerana ini zamannya.







2 Responses


  1. Humairah on February 19, 2012 at 11:38 PM

    err, kita (??) rasa bersalah la pulak designer tak dapat naskhah free planner. nnt kita cek balik, klu x silap sepatutnya designer dapat sesuatu.

    (byk benda terlepas pandang, sorry)

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on February 20, 2012 at 6:46 AM

    Eh, never mind la. Byk lagi benda penting yang perlu 'dipandang' kan. Kita (?) ok je hehe ;)