Senandung Al-Fatihah




Bismillah.

Ini fasa yang baru dan
kita sedang berjalan di atasnya.

Fasa di mana kita biasa mendengar khabar-khabar gembira.
Sahabat-sahabat terdekat yang membina bait muslimnya,
tidak kurang juga yang mendapat cahaya mata.

Namun dalam fasa ini juga kita semakin kerap mendengar
berita pemergian sanak-saudara yang rapat.

Dalam tempoh kurang lebih 4 bulan ini kita terima
3 kiriman mesej dari ibu terutamanya,
yang memaklumkan tentang pemergian ahli keluarga.

Tuk sebelah ibu dan ayah.
Juga ibu saudara yang pernah mengasuh kita.

Cik Dah, ibu saudara yang rasanya paling dekat dengan kita.
Setahun berada dalam asuhan dan didikannya.
Beliau tidak pernah jemu menasihati
dan berkirim cerita dengan kita.

"Assalamualaikum,
Cik Dah ada di Masjidil Haram ni.."

"Doakan Cik Dah dan Cik Hj dipermudahkan kerja ibadah haji,
sihat dan selamat."

Antara mesej-mesej terakhir yang dikirimnya dari Masjidil Haram
saat menunaikan ibadah haji, yang kemudiannya kita balas dengan
kiriman doa. Masih tersimpan di dalam inbox hingga ke hari ini.

Sungguh, Allah lebih menyayanginya dan menempatkannya
dekat di sisi baginda Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam.

Hanya senandung al-Fatihah dan doa yang mampu kita
kirimkan buat kekasih-kekasih hati.

Terima kasih buat rakan-rakan yang membimbing bacaan tahlil semalam.
Salam takziah juga buat mereka yang kehilangan.

Tiadalah kematian melainkan sebuah peringatan buat yang hidup.


- Al-Fatihah -

2 Responses


  1. sis_aflah on February 24, 2012 at 5:34 AM

    sebak setiap kali baca tentang arwah makcik hamidah..
    walaupun tak kenal sangat dan tak pernah bercakap dengan arwah tp alhamdulillah pernah jumpa sekali dulu..

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on February 25, 2012 at 12:41 AM

    moga ditempatkan bersama para syuhada dan orang-orang soleh. Amin.