hari ini aku dipertontonkan dengan dua peristiwa.nampak sama tetapi sebenarnya berbeza..
ketika di dalam masjid,kelihatan seorang lelaki dewasa duduk sambil meluruskan kakinya kehadapan.ditemani sebatang tongkat.tangan dihulur kepada orang ramai meminta bantuan.
kasihan melihatnya.
maka seketika kemudian berlalu seorang pak cik dihadapannya lalu diberikan bantuan.
pelik..
sungguh pelik sekali kerana 'bantuan' yang cuba diberikan itu merupakan sekeping 3ish ataupun roti yang sudah dikoyak.barangkali roti yang sudah dimakan.
"oi..ambik balik roti ni"
mngkin ni yang dikatakan(agak je).roti dipulangkan semula.beliau nampak tidak senang dengan fe3el lelaki roti tersebut.mungkin sengaja ingin bergurau.
rasa kasihan tadi bertukar menjadi amarah.bengang dengan sikap lelaki roti tersebut.Kalo ye pun,sedekah la bende yang sempurna atau elok sikit.(mngirap je..aih~)
lalu lelaki malang td aku tinggalkan.menuju ke jalan keluar meninggalkan masjid dimana cucu Rasulullah saw,Sayyeda Zainab dimakamkan.
dan ketika di pintu pagar masjid pula,aku melihat seorng mak cik tua berdiri dalam kesejukan meminta belas kasihan orang ramai.
seorng lelaki yang lain melewati mak cik tersebut.cuba menghulurkan bantuan dengan menghulurkan sekeping roti berinti tamar kepadanya.
tiba-tiba amarah ku naik.mungkin kerana pengalaman awal tadi ketika di dalam masjid.
"Kasi lah duit,ok sikit"aku bermonolog dalaman sambil mengusha tajam brader terbabit.
kemudian mata yang asyik mengekori tingkah-laku brader tadi dialihkan kepada mak cik tua pula.
pelik..
aku jadi pelik lagi.mak cik tersebut nmpak tenang.
"syukran.."
mungkin itu kata hatinya yang tidak dizahirkan melalui lidah.sayu melihat wajah ibu tua tersebut.roti tersebut dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik putih.mungkin untuk dimakan nanti ketika lapar.
amarah aku hilang dalam sekelip mata.rasa kasih terhadap ibu tua itu menguasai hati sambil kelibat lelaki roti dan brader tadi bagaikan hilang dari short-term memory ku.
rasa kasih akhirnya dapat menewaskan amarah dalam diri.
dan perasaan ini sangat indah.berbeza dengan amarah yang sifatnya membakar.
so,mari hidupkan suasana mahabbah yang dihiasi sifat rahmah.wee~
barang berharge yang kite miliki adalah sedekah yg baik kn..
tp org yg hulur dgn ikhlas tentulah lebih baik jika nak dibandingkan dengan yang x hulur
langsung..=)
till then.wassalam.noktah.
-albaqarah ;263-
[167]. Perkataan yang baik maksudnya menolak dengan cara yang baik, dan maksud pemberian ma'af ialah mema'afkan tingkah laku yang kurang sopan dari si penerima.
Post a Comment