mendekati ilmuan Islam-part 1



Mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya..

dengan erti kata lain,

mereka yang mengingati sejarah akan berpeluang mendapat ibrah ataupun pengajaran daripadanya.

Era kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu menjadi menjadi saksi.Islam diangkat..dijulang tinggi.Sempurna mencakupi segala aspek kehidupan menjadikan ia panduan terbaik bagi manusia,khalifah di muka bumi ini.

Kehebatan para ilmuan Islam tidak dapat dinafikan.Malahan menjadi rujukan dan panduan para ilmuan seantero dunia.

Tapi kini,kita sebenarnya ketinggalan.lihat sahaja dalam bidang ilmu.kita ketinggalan dalam banyak perkara.

memilih tokoh-tokoh ilmuan Islam sebagai idola adalah pilihan bijak dan lebih baik dibandingkan dengan "seniman-seniman" duniawi ketika ini.



Dengan mengenali tokoh-tokoh tersebut,diharapkan ia menjadi satu rujukan dalam meneruskan pengajian dan satu 'daya tolak' yang akan memacu kita lebih kehadapan dalam menuntu ilmu.

Maka,disini sy ingin berkongsi hasil kerja kami(berdua ngan payed) ketika di Intec dulu dalam subjek Pengenalan Perubatan Dan Islam(PPI).

Dikecilkan sedikit skop kepada ilmuan2 agung Islam dalam bidang perubatan.semoga perkongsian kecil ini banyak membantu.Wassalam.




Part 1:Ibnu Sina

Latar Belakang



Ibnu Sina atau lebih dikenali di barat sebagai Avicenna dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitin Propinzi Bukhara,Turkistan pada 370H/980M.Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina.Beliau merupakan seorang berbangsa Parsi.


Antara sifat peribadi beliau ialah memiliki bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik menjadi perdana menteri.Beliau juga menguasai pelbagai bidang ilmu seperti perubatan,falsafah dan sastera.


Pelajaran pertama yang diperolehi Ibnu Sina ialah Al-Quran dan sastera.Beliau mula belajar seawall usia 5 tahun.Sewaktu kecil beliau telah dididik sendiri oleh bapanya dan juga Abu Abdullah Natili iaitu sahabat karib bapa beliau.Sewaktu berusia 10 tahun,ibnu sina telah berjaya menghafal Al-Quran.Ibnu Sina mempelajari ilmu hisab dan prinsip geometri daripada Mahmud Al-Massah,ilmu fiqah dan tasawuf daripada Ismail Az-Zahid,ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Natili serta ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni.Semasa berusia 16 tahun beliau menguasai bidang perubatan tanpa bantuan guru.Beliau telah dilantik menjadi “Doktor Di Raja” ketika usianya meningkat 18 tahun.


Beliau telah meningal dunia di Hamdan ketika berusia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428H/1037M.


Hamadan,Iran.


FAKTOR MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG PERUBATAN


Ibnu Sina menceburkan diri dalam bidang perubatan atas beberapa sebab iaitu:

  • Minat beliau yang sangat mendalam terhadap bidang perubatan.
  • Galakan daripada Sultan Nuh Bin Mansur yang melantik beliau sebagai doctor istana pemerintah pada masa itu.



SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN


Ibnu Sina telah banyak memberikan sumbangan kepada dunia terutama dalam bidang perubatan.Antaranya ialah:

· Menghasilkan Kitab Al-Qanun Fitt Tib dan Adawiyatul Qalbiah yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan digunakan hingga zaman moden.Kitab Al-Qanun Fitt Tib Adlah palng selalu dicetak pada zaman “Renaissence”.Karya ini telah memepunyai pengaruh asas dalam bidang perubatan di eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi rujuan utama universiti-universiti di eropah hingga abd ke-17M.


· Meningkatkan teknologi perubatan dengan mencipta ubat bius dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.


· Dalam bidang farmasi,beliau telah menghasilkan ubat priskripsi yang berjumlah 760 jenis.


· Menemui penyakit baru seperti pengaruh kuman dalam penyakit,penyakit alahan,cacar,masalah pernafasan, penyakit kulit dan lumpuh.


· Memperkenalkan metodologi pemerhatian dan analisis.Metodologi-metodologi ini telah membolehkan ilmu perubatan berkembang maju sehingga ke hari ini.


· Memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali pada hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics.



SANJUNGAN DAN PENGHARGAAN


Kehebatan Ibnu Sina dalam bidang perubatan diakui semua pihak termasuklah dari eropah.Beliau telah diberi berbagai gelaran kerana kehebatannya.Beliau penah digelar sebagai “Medicorum Principal” atau “Raja Diraja Doktor” oleh kaum Latin Skolastik.Dalam dunia islam beliau dianggap sebagai “Zenith”iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran.Selain itu,Ibnu Sina pernah diberi gelaan sebagai “Raja Ubat”.


Profesor William Osler menganggap kitab Al-Qanun fitt Tib sebagai buku perubatan yang terkenal yang digunakan oleh para doktor lebih lama berbandng buku-buku lain.Beliau juga menggelarnya “Medical Bible”.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.


rujukan:

  • http://www.dakwah.info.htm
  • http://alhakelantan.tripod.com
  • http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah
  • http://en.wikipedia.org/wiki/ibn_sina
  • dan lain-lain di internet


2 Responses


  1. HafizAdam on December 9, 2009 at 6:41 PM

    link ini sangat la xleh blah:
    http://mhazu.blogspot.com/2009/12/menganal-ilmuan-islammis.html

    "menganal" tu ape?
    lucah2...

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on December 9, 2009 at 7:24 PM

    astaghfirullah..
    oi..salah tulih.mengenal la.ade maksud laen ke?

    xpe.jnji isi tu yg bace.link ni xyah dok komplen ye..