Bagaimana Umar berani kerana benar


Sewaktu Umar Bin Abdul Aziz menjadi penasihat kepada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, telah berlaku satu peristiwa seorang lelaki yang telah melakukan perbuatan biadap terhadap khalifah.

Khalifah telah dicemuh oleh seorang lelaki di khalayak ramai. Kejadian tersebut berlaku dalam satu majlis yang dihadiri olehnya.

Tindakan lelaki tersebut tidak disenangi oleh baginda khalifah. Ini menyebabkan baginda mengadakan satu mesyuarat bersama para penasihatnya untuk berbincang tentang tindakan lelaki tersebut.

"Apa pandangan kamu semua tentang tindakan yang dilakukan oleh lelaki tadi?"
Baginda bertanya.

Sebilangan besar daripada mereka mencadangkan agar kepala lelaki itu dipenggal. Ini kerana bagi mereka perbuatan lelaki itu adalah biadap kerana sanggup mencemuh pemimpin nombor satu di khalaya ramai.

Mereka begitu marah dengan perbuatan lelaki tersebut lantas tercetuslah cadangan sedemikian.

Bagaimanapun Umar hanya mendiamkan diri tatkala mendengar cadangan tersebut. Sedikitpun beliau tidak memberi respon terhadap cadangan untuk memenggal kepala lelaki yang telah berlaku biadap terhadap khalifah.

Sebaliknya beliau hanya membiarkan sahaja mereka berhujah mengeluarkan pendapat mereka tentang hukuman yang sepatutnya dijatuhkan ke atas lelaki tersebut.

Sikap Umar yang hanyamendiamkan diri itu telah dikesan oleh khalifah. Baginda dapat menangkap respon yang tidak baik daripada Umar terhadap cadangan tersebut.



.: IKLAN :.


Sebaik menyedari sikap yang dipamerkan Umar itu, baginda lantas bertanya,

"Mengapa kamu diam wahai Umar? Apakah kamu bersetuju dengan cadangan itu atau tidak?"

Umar dengan tenang menjawab.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa di sana wujud hukuman halal darah terhadap orang yang mencemuh, melainkan mencemuh keji terhadap Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam."

Sebaik memberikan jawapannya, Umar kemudian berdiri.

Dan kemudian berlalu pergi sambil diperhatikan oleh semua penasihat khalifah. Mereka semua terdiam mendengar jawapan Umar itu.

Selepas mendengar jawapan daripada Umar, Khalifah Sulaiman berkata dengan rasa kagum terhadap Umar yang terlalu mencintai kebenaran dan keadilan.

"Kamu wahai Umar, sememangnya kamu adalah kepunyaan Allah," ucap khalifah.

Sumber:
Kezuhudan Umar Abdul Aziz,
Kesederhanaan Nik Abdul Aziz.








p/s- refleks; bila orang yang 'alim berdiam diri pemerintah buat kemungkaran depan mata.
Yang backup pon ada. Tak boleh tahan..~

Wallahu a'alam.