Islam bukan milik satu-satu bangsa sahaja





"Di dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar inilah, maka Kelantan menganjurkan expo Cheng Ho yang julung-julung kali diadakan di rantau ini.

Cheng Ho selaku seorang muslim telah diberikan kepercyaan oleh maharaja cina untuk melakukan misi perdagangan ke seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu sekitar 500 tahun yang lampau memberikan satu gambaran bahawa Islam bukanlah milik Melayu semata-mata tetapi milik semua bangsa.


Justeru, kerajaan Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam melangkah ke depan melangkaui sempadan bangsa yang disemarakkan oleh golongan-golongan tertentu dengan mengadakan expo seperti ini.
Alhamdulillah, di tengah-tengah seruan perkauman yang menebal di samping ditiup oleh semangat politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan meletakkan Islam sebagai dasar di dalam berpolitik dan bernegara.

Harapan saya agar rakyat dapat membuka mata di dalam menilai kepimpinan yang mahu dipilih agar jangan lagi menjadikan agenda bangsa sebagai keutamaan kerana ia hanya akan menyemerakkan api permusuhan yang tidak berkesudahan."


-TGNA, teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum-



Islam bukan milik melayu, mahupun milik mana-mana bangsa yang lain. Maka mengapa ingin sangat ditebalkan istilah bangsa.

Kalaulah benar semangat kebangsaan dapat melahirkan kekuatan, mengapakah rakyat arab palestin menangis dianaya Israel laknatullah, sedang bangsa arab di negara lain hanya mendiamkan diri? Di mana liga "Arab"?

Janganlah terlalu taksub dengan Melayu. 'Membangun bersama Islam' kan lebih baik.
Sesungguhnya mulianya seseorang kerana Islam. Islam yang memartabatkan satu-satu bangsa (eg. melayu), bukan melayu yang memartabatkan Islam.

Semangat kebangsaan hanya memecahkan umat Islam.

Wallahu a'alam.

2 Responses


  1. Anisah Shamilah MS on November 30, 2010 at 9:32 AM

    "Sesungguhnya mulianya seseorang kerana Islam."

    -like. bilal bin rabah pada mulanya hanyalah seorang HAMBA. adanya islam memartabatkan ke tempat agung beliau sehingga namanya kekal hingga kini.

    -saidina umar pada mulanya hanya jaguh samseng kampung mekah, islam juga yang memartabatkannya sehingga bertaraf dunia kekal hingga kini.

    Islam yang memartabatkan satu-satu bangsa (eg. melayu), bukan melayu yang memartabatkan Islam.

    -like juga. bahasa melayu sendiri berkembang selepas kehadiran islam kerana dipilih oleh du'at sebagai bahasa perantara mengembangkan islam sehingga menjadi bahasa lingua franca. (rujukan ; sejarah islam nusantara-dr hafidzi)

    jzkk.

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on November 30, 2010 at 7:00 PM

    trimas berkongsi fiqh-fiqh sirah dan contoh yang tak ditulih dalam entri ni.

    moga ada mnfaat brsama. Peace!