Kisah Saidina Mu'awiyah dan Abu Muslim al-Khawlani


Masjid Sultan Hasan


Tersebutlah sebuah kisah akan Saidina Mu'awiyah radhiallahu 'anhu pada suatu hari beliau naik ke atas mimbar lalu berkhutbah kepada rakyatnya. Disebut oleh beliau tentang penahanan habuan kepada rakyat jelata. Jika cuba-cuba dibandingkan dengan zaman kita ini, bolehlah diumpamakan seperti menahan bantuan kewangan atau subsidi daripada kerajaan untuk sesuatu perkara.

Bilamana terdengar ucapan Saidina Mu'awiyah tadi, bangkitlah seorang laki-laki bernama Abu Muslim al-Khawlani dari duduknya seraya berkata:

يا معاوية إنه ليس من كدك ، ولا من كد أبيك ، ولا من كد أمك

"Wahai Saidina Mu'awiyah, sesungguhnya ia (harta negara) bukan dari hasil jerih payah kamu, bukan juga dari jerih payah ayahmu, bukan juga dari jerih payah ibumu."

Maka Saidina Mu'awiyah menjadi marah, lalu turun dari minbar tempat beliau berucap.
"Tetaplah di tempat duduk kalian," kata beliau sebelum hilang dari pandangan mata rakyat seluruhnya.

Satu jam kemudian, pulanglah Saidina Mu'awiyah ke tempat tadi dan kelihatan tompok-tompok air melembapi pakaiannya. Beliau kemudian berkata, "Sesungguhnya Abu Muslim berkata-kata padaku dengan kata-kata yang membuatkan aku marah, dan sesungguhnya aku pernah mendengar baginda nabi bersabda:

الغضب من الشيطان ، والشيطان خلق من نار ، وإنما تطفأ النار بالماء
فإذا غضب أحدكم فليغتسل


Sesungguhnya tadi aku masuk kemudian mandi, dan benarlah Abu Muslim, sesungguhnya ia (harta) bukanlah dari jerih payahku, bukan juga dari jerih payah bapaku."

ٍKata Syeikh Nuruddin, teguran Abu Muslim ini akhirnya diterima Saidina Mu'awiyah kerana beliau berkata kerana Allah. Dan sesungguhnya Saidina Mu'awiyah dikasihi rakyat kerana sifat prihatin yang dimiliki, semoga Allah meredhainya.

Wallahu ta'ala a'lam.



Rujuk- " ص 77 ) "الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر )

4 Responses


  1. sis_aflah on January 5, 2012 at 1:31 AM

    Saidina Muawiyah ni yg selepas Saidina Ali kan?
    Dulu masa sekolah, belajar sejarah Islam, digambarkan Saidina Muawiyah ni teruk huhu..
    Jadi macam agak keliru sekarang ni dia sebenarnya OK ke tak OK hehe..

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on January 6, 2012 at 1:41 PM

    Betul, ini kisah Saidina Muawiyah yang memegang tampok pemerintahan selepas Saidina Ali.

    Saidina Muawiyah adalah sahabat nabi, dan penulis wahyu.

    Mana mungkin Rasulullah tidak mengenali beliau, hinggakan baginda Nabi melantik dan memberi tugas yang besar ini kepadanya.

    Para sahabat adalah mereka yang melihat wajah nabi dalam keadaan beriman. Saidina Muawiyah bukan sahaja melihat, bahkan bermuamalah dan hidup bersama2 baginda nabi.

    Yang pastinya banyak hikmah yang diperolehi dari perang Siffin.

    Semoga kita terpelihara dari perbuatan memburuk-burukkan para sahabat nabi seperti yg dilakukakn sesetengah golongan yang lain.

    Wallahu a'lam :)

  3. sis_aflah on January 7, 2012 at 4:43 AM

    hazwan,
    terima kasih.. terasa berguru sejarah dengan seorang doktor :)

    semoga begitulah sentiasa.. seorang doktor yang bukan sekadar merawat fizikal, tetapi juga spiritual ;)

  4. mohd hazwan bin mohd salleh on January 9, 2012 at 10:28 PM

    kepada kak fadhilah:
    eh, dua-dua bukan.. saya pelajar lagilah :P

    Amin, mohon doanya.