Jangan biarkan Dia pergi



Tuk..tuk..tuk

“assalamualaikum..”

kedengaran salam diberi seiring dgn ketukan pintu..

“assalamualaikum..”

salam diberi sekali lagi.pintu juga diketuk beberapa kali.Lama menunggu..Namun tiada terdetik putus asa.salam diberi dan pintu itu diketuk berulang kali tanpa jemu.

Menunjukkan kesungguhan si Dia..

Haih..mengapa begitu sukar sekali.Adakah pintu ini begitu keras dan sudah dirantai dgn lapisan yg tebal..??

Usaha si Dia tampak tidak mmbuahkan hasilnya..jalur2 merah kekuningn sudah kelihatan.Menandakan matahari yg terbit ingin melebarkan cahayanya ke muka bumi..

Benar..si Dia kesuntukan masa.

Tiada apa mmpu dilakukan..setelah usaha dilakukan,mncuba utk memasuki pintu itu.Lalu si Dia berundur pulang.Dgn langkah yg sayu..

Ya..si Dia pulang dgn hmpa.Adakah masih ada hari esok utk Dia kembali..mencuba sekali lagi.Semoga pintu itu tidak tertutup lagi..

Dialah..Subuh

Yang saban hari cuba memasuki pintu-pintu hati insan bergelar manusia.mnyedarkan mereka yang sedang lena dihanyut mimpi indah dlm tidur bersandarkn nafsu.

Sedarlah..wahai kita yg bergelar manusia.Bebaskan diri dari rantai2 syaitan yang mngikat kita dlm ulitan mimpi.

Ingati Allah-->berwudhu’-->dan tunaikan solat.

Jangan biarkan Subuh itu berlalu pergi..kerna kelak kita yang akan dipersoalkn.

p/s-Hanya sebuah analogi..smoge kite same2 berusaha mndapatkan redha Ilahi.Sentiase tunaikan solat diawal waktu..

mengakui diri ini begitu lemah..~

video