rusa dengan tanduk




Pada suatu hari,sang rusa minum menghilangkan hausnya di tepi sebuah tasik.tasik itu sungguh jernih dan bersih sekali.

sehinggakan bayangan tanduk sang rusa dapat dilihat.

"wah,cantiknya tandukku"

sang rusa tersenyum bangga.namun seketika kemudian,wajahnya muram pula.dilihat akan kakinya yg kurus dan tidak cantik.dianggapnya kaki tersebut menyebabkn dia rusa tidak kelihatan sempurna.

tanpa disedari,rupa-rupanya tingkah laku tersebut diperhatikan seekor anjing.tanpa membuang masa,si anjing meluru ingin menerkam sang rusa.

sang rusa yang perasan akan kehadiran si anjing pantas berlari ingin menyelamatkn diri.dengan menggunakan kakinya yg kuat itu,dia mngerahkn seluruh tenaga.

malang tidak berbau.tanduknya yg cantik itu tersangkut di celahan dahan-dahan pokok.lariannya terhenti dan si anjing terus mengigit sang rusa.membaham untuk dijadikan santapan.

sang rusa berasa sedih sekali.menyesal dengan sikapnya.tanduk yang dipuja-puja td menjadi penyebab dia dijadikan santapan si anjing.manakala kaki yang dihina pula yang berjasa.

tapi,apakan daya.nasi sudah menjadi bubur.

dan bilakah waktunya sang rusa menyesal??sudah tentu ketika semuanya sudah terlambat..ketika saat dia dibaham.dan penyesalan itu sudah tentu tiada gunanya.






tanduk punya pasal..


begitulah juga penghuni-penhuni neraka yang menyesal.

dan bilakah penyesalan itu berlaku?hanyalah ketika mereka sudah diazab.dan tentunya penyesalan tersebut tidak berguna.









p/s-kurang lebih seminggu di bulan ramadan.mudah-mudahan kita tidak terlambat untuk menyesal.

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunanMu untukku"






4 Responses


  1. anisahshamilah on September 14, 2009 at 2:41 PM

    jazakallah akhi...

    sgt menyentuh dikala kekeringan..

  2. mohd hazwan mohd salleh: on September 15, 2009 at 7:40 AM

    alhamdulillah..

    cuma berkongsi,sbhgn drpd tzkirah ramadan aritu..=)

  3. Hazim Azhar on September 24, 2009 at 8:00 AM

    "Mungkin kamu membenci sesuatu perkara tetapi ia baik bagi kamu, dan mungkin (juga) kamu menyukai sesuatu perkara tetapi buruk bagi kamu. Sesunggunya Allah yang maha mengetahui sedangkan kanu tidak tidak mngetahuinya" -albaqarah-

  4. mohd hazwan mohd salleh: on September 24, 2009 at 8:44 AM

    na3am..