lambaian


"Nanti umi doakan angah ye. Dah la umi yang doa. Tambah, depan Kaabah lagi. InsyaAllah maqbul kan.." angah berseloroh.

Ummi tersenyum.

"Nanti send la kat ummi mesej. Doa ape yang angah hajatkan ye." ummi membalas ringkas.

Lalu mesej dihantar melalui khidmat pesanan ringkas.

Setelah membaca isi kandungannya, ummi tertarik dengan doa ke-4 dari kesemua 6 doa yang dikirim.

Ummi tergelak kecil.

"InsyaAllah ummi dan abi doakan. Tambah satu lagi. Semoga dapat habiskan belajar kat sana seperti tempoh masa yang dirancang. Takde sangkut-sangkut." kata ummi...



Baki 4 tahun lagi untuk meneruskan pembelajaran bukanlah waktu yang singkat bagi ummi. Rasa rindu seakan sentiasa menusuk-nusuk hati seorang yang bernama ibu.

Sentiasa berdoa. Mengharapkan anaknya cepat menamatkan pengajian disana.


salah satu dari beberapa pintu masuk ke masjidil haram

......................................

"Salam, angah sihat? Ummi akan ke Arafah tengahari Rabu ni. Angah doakan ummi dan abi ye." kata ummi kepada angah.

Gementar..bilang ummi.

"Salam. InsyaAllah. Berkumpul di padang Arafah, sebagaimana perhimpunan di padang mahsyar kelak pastinya merupakan pengalaman baru yang akan ummi hadapi. Angah doakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan ummi serta abi dapat melaksanakan ibadah dengan sesempurna mungkin." balas angah.

Berkira-kira ingin menenangkan hati ummi.



Tiang-tiang berpayung yang melindungi para penziarah seluruh dunia


Ummi dan abi terpilih. Menjadi tetamu Allah bukanlah mudah. Nikmat yang sangat besar. Semoga dikurniakan haji mabrur.

Amin.

p/s-achik jage ucu elok2 ye.







8 Responses


  1. [amiza a.malik] on November 24, 2009 at 10:21 PM

    wah rindu tanah haram.
    doakan kita jd tetamu nya.
    i mean, dlm tempoh terdekat ini.

    hazu, komen di belog saya sudah dibalas. (eceh sopan guna saya)

    =P

  2. mohd hazwan salleh on November 24, 2009 at 10:27 PM

    tu la sapal.amin2.
    eh,waktu terdekat?xpaham..

    pmbalasan juga sy dah lakukn.(eh..sy plak)

  3. mohd hazwan salleh on November 24, 2009 at 10:54 PM

    oo..xpe2.rase dah paham da.doa la byk2 ye.

  4. Anonymous on November 25, 2009 at 3:41 PM

    eh mak ak pun arneh g arafah.
    eh cm sme la plak kan.
    nth2 st grop

  5. mohd hazwan salleh on November 25, 2009 at 7:01 PM

    yeke Anony.satu rombongn la..rombongn haji.

    same2 doakn mok ayoh msing2..=P

  6. Atiqah hanis on March 22, 2010 at 3:12 PM

    rindu tanah suci :'(

  7. mohd hazwan bin salleh on March 22, 2010 at 6:15 PM

    oh..baru balik dari sana kan.

    sama-sama perbaiki amalan.mudah-mudahan dapat jadi tetamunya lagi nnti.

  8. Atiqah hanis on March 24, 2010 at 8:50 AM

    insyaAllah :)