pandemik nun sin ya (lupa)




Ketika berjalan petang, aku juga memerhati. Memerhati manusia sekeliling termasuk diri sendiri, dan cuba mengaitkannya dengan kata-kata murabbi ku.

Kata guruku, manusia sekarang ada peliknya.

Bagai dunia satu pementasan komedi dewasa ini. Bila satu wabak atau bencana penyakit melanda, pasti masyarakat berjaga-jaga. Berjaga dengan sepenuhnya. Penutup muka dipakai, tangannya dibasuh, dan sebagainya.

Cuba sedaya upaya mengelakkan penularan penyakit dalam komuniti. Masing-masing berusaha untuk cakna dalam pandemik ini. Kerana mereka tahu dan melihat kesan buruk akibat penyakit tersebut.

Tapi akhirnya kita kaget sebentar bila melihat orang yang mukanya ditutup rapi dengan topeng penutup hidung dan mulut, tetapi auratnya dibiarkan terbuka.

Kira-kira kita ini lupa bahawa penyakit itu datangnya dari siapa?

Kira-kira kita ini juga lupa akan api neraka yang akan membakar tubuh yang tidak dijaga auratnya.


Allah.

Melihat kepada diri.
Aku rasakan sendiri berada dalam kondisi yang parah. Aku lupa lagi.

Sebab manusia itu hanya akan lebih sedar bila ada penyaksian melalui mata kepalanya sendiri kan. Kesedaran yang memerlukan kepada sandaran zahir, or something that viewable .

Tapi semestinya kita tak mahu jadi orang yang "sudah terhantuk baru nak terngadah".
Tidak rela tubuh menjadi saksi atas mungkar yang telah dilakukan.

Manusia lupa, itu satu pandemik bukan. Di sinilah pentingnya sayang kepada peringatan sebagai pencegahan yang terbaik. Agar penularan boleh dikawal.

Nastaghfirullah.

Wallahu a'alam.


p/s-pernah pakai topeng dalam ktm. sangat pening.
-doakan same-same terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.