Suatu hari si adik dan angahnya berbual mesra. Lama tidak bersua muka. Tentu sekali banyak yang hendak diluahkan.
Tiba-tiba saja si adik mengadu.
Katanya, di madrasah ada sahaja pelajar lelaki yang mengusiknya dan rakan-rakan yang lain kerana seragam sekolah mereka. Bertudung bulat labuh dan berbaju kurung putih. Lengannya pula berkancing.
Bila sahaja berselisih dengan mereka, pasti kumpulan si adik diusik.
"Cendawan.."
Itu usikan nakal mereka. Mudah-mudah sahaja menyamakan mereka sebegitu.
Si angah hanya tersenyum manis di hadapan adik. Siapa tahu di dalam hati dia tertawa mendengar kisah si adik. Lucu. Ada-ada sahaja budak zaman sekarang. Inginkan perhatian apa? Rajin sekali mengusik orang.
Ketahuilah wahai adik, angahmu berbahagia bila melihat seragammu itu. Cantik sekali. Biarkanlah. Pedulikan mereka.
Pandangan manusia tidak semua sama.
Ingat, bukankah Allah itu Maha Mengetahui. Walaupun hanya sehelai daun yang gugur ke bumi, pasti diketahuinya.
Inikan pula perihal dirimu.
Sabar sahaja, kerana pandangan Allah itulah yang sepatutnya kita-kita ini lebih berjaga. Semoga si adik tenang sahaja dan tetap di jalan yang benar.
"Cendawan" yang disayangi rabb-Nya kan lebih molek.
p/s-kalau nak try kene flying kiss..eh silap,flying kick angah die,bole sebut depan-depan na..
Terima kasih rakyat Malaysia
8 years ago
immunity dr kecik, senang bila dah besar x kesah sgt org nk ejek ek.
erk...sila jgn flying kick kanak2, dia hanya mgsa keadaan yg x berslh.
seragam itu comel.
aah..mmg xbole belasah kanak2 kecil,tp yg ni da mumaiz da pon.
sbb watak 'adek' ni skang tgh spm.
huhu..
adek dlm foto ni kisah lain.akan dinovelkan kelak =)
haha,meh kite gi blasah dia hehe
bahagia ko jd abg yer,
huhu....
along:
boleh2, bawak kete polis ye nnti. hemo2~
ammar:
nak jadi abg yg caring cam die jugak. =)
abg yg caring???
abg mane satu ni???
name die ammar albakry la hoho..
haha,
celah mane la budak bongsu tu abg????
hahahaha.....
"abang"
hehe..
ammar tu abg aku tuh!
"abang"
haha~
ish,
pakcik lee ni,
x puas ati tol.
tau la mantop video,hehehehehe....