pre-summer


Oh.. sudah beberapa hari tak menconteng (ke menyonteng?) di sini.

Baru-baru ni berpanas-panasan di Cairo University main campus. First time menjejak kaki ke sana. Selalunya hanya melintas di hadapan pagar besar, menuju ke fakulti engineering untuk mengambil wang saku bulanan. Mujur ada program di sana. Cultural Day untuk pelajar muafidin.

Tiada apa yang menarik sangat. Seperti biasa, hanyalah booth Arab yang pasang lagu kuat-kuat menggunakan pembesar suara, pelajar-pelajar benua afrika yang layan lagu mereka dengan berdansa secara berjamaah dan kawasa pameran yang terlalu zahmah (sesak) dek kerana laluan pelawat yang terlalu sempit.

Tapi program kali ini lain sikit. Sebab aku nampak auntie-auntie Jepun yang berkimono di tengah-tengah jalan. Juga presentation dari negara Rusia yang gah menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka. Namun lagu latar yang menarik disalah tafsir oleh kebanyakan pelajar sebagai melodi agogo. Tidak ketinggalan pelajar Kazakhtan yang menyanyi dengan sepenuh tenaga dan gaya. Stamina tinggi, tak semput langsung. Suspek mungkin hanya miming pada petang itu T_T

Kami datang untuk jalan-jalan beri sokongan. Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat =)



Cairo University, main campus.



Hari pertama sangat fanas la..


Pondok Russia



Auntie Jepun dengan "fan Origami"nya (seni origami)

Medicophilic week (philic= love) telah dianjurkan dan menyebabkan pelajar-pelajar keluar hingga lewat malam untuk menonton pertandingan debat dan ponteng Prep.

Mungkin matlamat dah lari sikit di di situ. haha.

Kecewa juga sebab 2 pasukan pilihan kecundang. Bagai 2 kumbang yang gugur dek bunga yang terlalu mekar. Eceh.

Duduk semeja dan berlapang dada kan lebih baik =P

P.O.I sambil membuat gaya 'policemen tip position' ke hadapan adalah agak lucu tetapi cool jika dilakukan secara trio. Anyway, terhibur. Baru tahu kehebatan mereka berdebat.

Cool!

p/s-panas dan sejuk silih berganti. petanda winter nak habis.

7 Responses


  1. [amiza malik] on March 19, 2010 at 12:16 AM

    :D
    bunga terlalu mekar datang

  2. [MH] on March 19, 2010 at 12:26 AM

    haha, bila bunga dalam debat mula bertandang :)

  3. mohd hazwan bin mohd salleh on March 19, 2010 at 12:39 AM

    oh..pantas sungguh mengomen.

    haha. team laki td bg can je kut.Ithar..~

    gud luck di arma nnti!

  4. Ami Farhani MNA on March 19, 2010 at 5:28 AM

    'menconteng' is right :)

  5. mohd hazwan bin mohd salleh on March 19, 2010 at 8:06 AM

    oho..menconteng.

    syukran2 =)

  6. kva on March 21, 2010 at 7:53 PM

    ahahaha,

    siapakah kumbang yg gugur itu ye??
    hurmmm,sian mereka....

  7. mohd hazwan bin mohd salleh on March 21, 2010 at 8:48 PM

    eceh.

    usah lagi menjadi kura-kura dalam perahu wahai Ammmmar.len kali bole cube lagi!

    hemo2~