Terokai potensi diri kunci pembentukan masyarakat madani


Meletusnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menandakan kebangkitan yang lebih hebat bagi Jepun semasa era meiji. Jepun yang menyerah kalah kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia ke-2 dengan pantas menyusun atur rencana baru pembangunan negara mereka. Program pembangunan industri agresif yang dijalankan membawa arus kedua transformasi Jepun ke arah pemodenan, lantas menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia dewasa ini.

Bangkit dari kegagalan itu suatu yang hebat kerana tidak semua mampu melakukannya. Bagai harimau yang kelaparan, walau tewas sekali untuk menerkam mangsanya pasti si raja rimba ini akan mencuba untuk kali kedua.


Senyum..!

Dunia dewasa ini menuntut kepada kecemerlangan sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Ilmu antara ukurannya. Tidak dapat tidak, setiap dari kita perlulah memperkasakan diri dengan ilmu agar kemajuan dapat dicapai.

Mengambil kata-kata Saiful Islam, menjadi cemerlang itu bukanlah pilihan tetapi kemestian bagi umat Islam. Penguasaan dalam bidang ilmu pengetahuan merupakan suatu obligasi bagi setiap individu muslim.

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad, itu pesan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam. Menggambarkan proses menuntut ilmu itu adalah sesuatu yang berterusan. Tiada batasan umur dan usia.

Benar kata seorang ulama’. Kita sekarang berada di zaman yang memerlukan kepada pengkhususan. Andai tidak dapat menggapai semua bidang ilmu sekalipun, biarlah kita ini punya pengetahuan yang lebih mendalam dalam satu-satu cabang ilmu yang lebih spesifik.

Kenal pasti potensi diri, cernakan ia menjadi suatu kelebihan.



Tiada sempadan usia dalam menuntut ilmu.

“Illa syuwaiyah minal yaban”

Kurang sedikit berbanding (kemajuan) Jepun. Ini kata-kata sebahagian penduduk Ummuddunya. Cuba menggambarkan negara mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Jepun dari sudut kemajuan.

Adakah ini suatu fakta? Atau mungkin sekadar majaz atau kiasan yang keterlaluan?

Berpijak dibumi yang nyata, negara-negara Islam ketika ini masih ketinggalan. Walau satu ketika pernah mencoretkan kegemilangan tamadun Islam di persada dunia, seharusnya kita tidak terusan berbangga dan sekadar mengukir senyuman tatkala dikhabarkan tentang kehebatan Islam ketika itu.

Benar, dunia Islam pernah melahirkan tokoh-tokoh yang terkenal dan berwibawa. Mengambil contoh dalam bidang perubatan, Ibnu Sina atau Avicenna adalah nama yang tidak asing lagi. Karangan beliau, Al-Qanun Fittib menjadi rujukan utama eropah ketika zaman Renaissance. Beliau turut menghasilkan ubat bius dan priskripsi ubat-ubatan yang jumlahnya sebanyak 760 jenis. Begitu juga Ar-Razi dan Ibnu Rusydi. Mereka merupakan cendiakawan ulung yang menggunakan potensi diri secara maksima dalam membuat kajian dan ciptaan yang amat memberangsangkan.


Antara tokoh perubatan muslim.

Tetapi tidak seharusnya generasi Islam alaf ini hanya sekadar tegar membatukan diri. Kita perlu segera bangkit. Generasi yang berhajat kepada kemajuan ini memerlukan kepada anjakan perubahan, dari generasi pengguna kepada generasi pengkaji dan pencipta. Penghasilan ubat-ubatan baru dan penglibatan dalam cabang-cabang ilmu yang terkini dalam bidang perubatan seperti kejuruteraan bioperubatan merupakan antara cabaran yang perlu diambil sesiapa sahaja yang punya kemampuan.

Semestinya kita mengkaji sejarah, mengambil ibrah atau pengajaran, lantas mencari solusi kepada tribulasi yang membawa kepada kemelut dalam dunia Islam ketika ini.

Umat Islam pasca kejatuhan khilafah punya cabarannya yang tersendiri. Dunia fitnah ketika ini memerlukan kita memiliki jati diri seorang muslim yang utuh. Umpama sebatang pokok yang kuat ditiup angin, ia memerlukan akar yang kuat agar dapat berdiri kukuh, dan akar yang dimaksudkan di sini adalah iman.

Peliharalah iman dan Islam bagai khazanah yang sangat berharga. Supaya nantinya kita tidak mudah goyah dan sentiasa terlindung dari ditiup hembusan penyakit wahan, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Kemenangan Islam itu sudah dijanjikan Allah. Terserah sama ada kita mahu atau tidak menjadi antara kayu-kayu api yang membakar diri untuk kemenangan Islam. Tepuk dada tanyalah iman.

Ikutlah resam pipit yang membantu Nabi Ibrahim ‘alaihi salam. Biar bantuan itu kecil sekalipun, mudah-mudahan ia akan menjadi bukti di hadapan Allah kelak.

Jangan dibiarkan potensi diri menjadi pekasam. Terokai potensi dirimu kerana sumbangan kamu sangat-sangat diperlukan dalam pembentukan masyarakat madani. Moga-moga kita menjadi kayu api yang punya nyalaan marak.

“Kurang sedikit dari kemajuan Islam”.

Bukankah lebih molek jika bunyinya begini.




Artikel di atas ada mendapat ole-ole dari Medicophilic week. Tulisan amatur dengan tatabahasa yang tunggang-langgang amatlah dikesali. Sekadar berkongsi, moga ada manfaatnya.

Wallahu A'alam.



pre-summer


Oh.. sudah beberapa hari tak menconteng (ke menyonteng?) di sini.

Baru-baru ni berpanas-panasan di Cairo University main campus. First time menjejak kaki ke sana. Selalunya hanya melintas di hadapan pagar besar, menuju ke fakulti engineering untuk mengambil wang saku bulanan. Mujur ada program di sana. Cultural Day untuk pelajar muafidin.

Tiada apa yang menarik sangat. Seperti biasa, hanyalah booth Arab yang pasang lagu kuat-kuat menggunakan pembesar suara, pelajar-pelajar benua afrika yang layan lagu mereka dengan berdansa secara berjamaah dan kawasa pameran yang terlalu zahmah (sesak) dek kerana laluan pelawat yang terlalu sempit.

Tapi program kali ini lain sikit. Sebab aku nampak auntie-auntie Jepun yang berkimono di tengah-tengah jalan. Juga presentation dari negara Rusia yang gah menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka. Namun lagu latar yang menarik disalah tafsir oleh kebanyakan pelajar sebagai melodi agogo. Tidak ketinggalan pelajar Kazakhtan yang menyanyi dengan sepenuh tenaga dan gaya. Stamina tinggi, tak semput langsung. Suspek mungkin hanya miming pada petang itu T_T

Kami datang untuk jalan-jalan beri sokongan. Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat =)



Cairo University, main campus.



Hari pertama sangat fanas la..


Pondok Russia



Auntie Jepun dengan "fan Origami"nya (seni origami)

Medicophilic week (philic= love) telah dianjurkan dan menyebabkan pelajar-pelajar keluar hingga lewat malam untuk menonton pertandingan debat dan ponteng Prep.

Mungkin matlamat dah lari sikit di di situ. haha.

Kecewa juga sebab 2 pasukan pilihan kecundang. Bagai 2 kumbang yang gugur dek bunga yang terlalu mekar. Eceh.

Duduk semeja dan berlapang dada kan lebih baik =P

P.O.I sambil membuat gaya 'policemen tip position' ke hadapan adalah agak lucu tetapi cool jika dilakukan secara trio. Anyway, terhibur. Baru tahu kehebatan mereka berdebat.

Cool!

p/s-panas dan sejuk silih berganti. petanda winter nak habis.


faqir


Bila aku down, aku telefon ibu dekat rumah.

Aku kata..
"mama doakan wan jadi budak baik ye.."

Suara aku tersekat-sekat. Orang lain tak tahu aku sebenarnya, sebab aku lah yang lebih tahu diri aku sendiri.

Ibu dengar, ibu faham. Sebab dari kecik lagi muka ni la yang ibu dan ayah tengok. Budak ni la ibu dan ayah bela.

"Baik, wan tak boleh lemah semangat, Sebab wan kan masih muda. Orang muda kena kuat. InsyaAllah mama dokan, buat solat hajat. Supaya solatnya baik, fikirannya tenang. Belilah makanan berkhasiat bla3...", panjang lagi nasihat ibu, tapi aku tak kisah, sebab ini antara
ubatnya.

................

.....

Sayang ibu. Tak mahu jadi anak nakal..

-faqir ilallah-


pandemik nun sin ya (lupa)




Ketika berjalan petang, aku juga memerhati. Memerhati manusia sekeliling termasuk diri sendiri, dan cuba mengaitkannya dengan kata-kata murabbi ku.

Kata guruku, manusia sekarang ada peliknya.

Bagai dunia satu pementasan komedi dewasa ini. Bila satu wabak atau bencana penyakit melanda, pasti masyarakat berjaga-jaga. Berjaga dengan sepenuhnya. Penutup muka dipakai, tangannya dibasuh, dan sebagainya.

Cuba sedaya upaya mengelakkan penularan penyakit dalam komuniti. Masing-masing berusaha untuk cakna dalam pandemik ini. Kerana mereka tahu dan melihat kesan buruk akibat penyakit tersebut.

Tapi akhirnya kita kaget sebentar bila melihat orang yang mukanya ditutup rapi dengan topeng penutup hidung dan mulut, tetapi auratnya dibiarkan terbuka.

Kira-kira kita ini lupa bahawa penyakit itu datangnya dari siapa?

Kira-kira kita ini juga lupa akan api neraka yang akan membakar tubuh yang tidak dijaga auratnya.


Allah.

Melihat kepada diri.
Aku rasakan sendiri berada dalam kondisi yang parah. Aku lupa lagi.

Sebab manusia itu hanya akan lebih sedar bila ada penyaksian melalui mata kepalanya sendiri kan. Kesedaran yang memerlukan kepada sandaran zahir, or something that viewable .

Tapi semestinya kita tak mahu jadi orang yang "sudah terhantuk baru nak terngadah".
Tidak rela tubuh menjadi saksi atas mungkar yang telah dilakukan.

Manusia lupa, itu satu pandemik bukan. Di sinilah pentingnya sayang kepada peringatan sebagai pencegahan yang terbaik. Agar penularan boleh dikawal.

Nastaghfirullah.

Wallahu a'alam.


p/s-pernah pakai topeng dalam ktm. sangat pening.
-doakan same-same terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.


Pisang, a non-fiction story




Teladan dari Pisang

Pada suatu hari, seorang senior dengan sukarela mengisi waktu di antara Maghrib dan Isya' dengan memberi tazkirah. Namanya aku sudah lupa. Tapi jika bertemu, rasanya masih cam yang mana.

Surau yang menempatkan pelajar-pelajar asrama SMK Segambut Jaya ini agak sempit ketika itu. Mujur sebuah surau yang baru sedang dalam pembikinan. Surau yang lama ini asalnya hanyalah ruang bangunan asrama yang diubah suai untuk dijadikan musolla.

Aku tertarik dengan satu fakta yang diselitkan dalam tazkirah beliau.

"Jika korang tengok pisang, kan ade bahagian berwarna hitam yang kelihatan seperti tidak elok. Jangan dibuang bahagian itu sebab bahagian itulah yang paling banyak khasiatnya.."

Nak percaya atau tidak.

Sedangkan bahagian itulah yang akan kami buang bila makan pisang DM (dewan makan).
Kelihatan buruk dan menjengkelkan.

Kami tinggalkan abang "Dr. Pisang" itu dengan pengisiannya. Ragu-ragu juga untuk mempercayai.

Tapi pada suatu hari, keraguan ku dibalas. Seorang dukturah ketika kuliah pharmacology menerangkan kepada kami tentang makhluk bernama Potassium.

Sumber utama Potassium ialah dari pelbagai jenis makanan, terutamanya dari tumbuh-tumbuhan. Makanan yang kaya dengan Potassium termasuk pisang, orange juice dan kentang.

Toib, pisang antara buah yang kaya dengan potassium,
and the dark area of bananas is the most concentrated area of potassium. Ujar beliau.

(Potassium is essential for maintaining proper fluid balance, nerve impulse function, muscle function, cardiac or heart muscle function.)


Bila kulitnya hitam, biasanya dalam pun begitu. (sumber)


Wah,

maka benarlah point yang telah disampaikan senior di atas. Penjelasan yang datang setelah bertahun lamanya. (sebab aku yang malas nak wat research sendiri)



We are not a punisher


Seperti ada pengajaran yang boleh diambil dari cerita non-fiction tentang pisang ini.

Kita jangan mudah melatah. Jangan mudah menghakim dan menghukum bila bertemu dengan sesuatu situasi.

Bukan semua yang kita rasa baik itu terbaik untuk kita. Dan tidak semestinya yang kelihatan tidak molek untuk kita itu merugikan dan memusnahkan kita.

Bila ada kesusahan, lekas sahaja melenting.

Perlunya kita sentiasa Husnudzon dengan Allah. Pastinya, perancangan Allah yang terbaik kan. Mungkin ada hijab kita sebagai seorang hamba, terus, gagal mengetahui signifikasi bagi sesuatu perkara yang terjadi.


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.
Dia datangkan kilat dan petir.
Kita menangis dan tertanya-tanya.
Kemana hilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.

Sekian. Wassalam.

p/s-banyak post berkaitan tumbuhan. selepas cendawan pisang pula. ape lagi ye lepas ni..


perihal "cendawan"




Suatu hari si adik dan angahnya berbual mesra. Lama tidak bersua muka. Tentu sekali banyak yang hendak diluahkan.

Tiba-tiba saja si adik mengadu.

Katanya, di madrasah ada sahaja pelajar lelaki yang mengusiknya dan rakan-rakan yang lain kerana seragam sekolah mereka. Bertudung bulat labuh dan berbaju kurung putih. Lengannya pula berkancing.

Bila sahaja berselisih dengan mereka, pasti kumpulan si adik diusik.

"Cendawan.."

Itu usikan nakal mereka. Mudah-mudah sahaja menyamakan mereka sebegitu.

Si angah hanya tersenyum manis di hadapan adik. Siapa tahu di dalam hati dia tertawa mendengar kisah si adik. Lucu. Ada-ada sahaja budak zaman sekarang. Inginkan perhatian apa? Rajin sekali mengusik orang.


Ketahuilah wahai adik, angahmu berbahagia bila melihat seragammu itu. Cantik sekali. Biarkanlah. Pedulikan mereka.

Pandangan manusia tidak semua sama.

Ingat, bukankah Allah itu Maha Mengetahui. Walaupun hanya sehelai daun yang gugur ke bumi, pasti diketahuinya.

Inikan pula perihal dirimu.

Sabar sahaja, kerana pandangan Allah itulah yang sepatutnya kita-kita ini lebih berjaga. Semoga si adik tenang sahaja dan tetap di jalan yang benar.

"Cendawan" yang disayangi rabb-Nya kan lebih molek.



p/s-kalau nak try kene flying kiss..eh silap,flying kick angah die,bole sebut depan-depan na..


Qasidah Muhammadiyah


Walau hanya sempat duduk seketika dalam sebuah majlis ilmu bersama Al-Fadhil Ustz Shauqi, tapi banyak input yang aku dapat.

Pada akhir pengajian, beliau sempat mengalunkan sebuah qasidah yang cuba kami ikuti bersama. Lunak suaranya dan sayu hati ini ketika membaca bait-bait yang boleh difahami. Jelasnya, penguasaan bahasa arab aku sangat lemah.

Dalam post kali ini, nak berkongsi rakaman qasidah tersebut. Semoga bertambah cinta kita kepada Rasulullah. Sebagaimana cintanya baginda kepada ummatnya.

Maaf jika kualiti audio kurang memberangsangkan. (Sumber: henset Tong. Diupload oleh saya. Lirik copy dari saudari Ami Farhani)

Salam Maulidurrasul.

Wassalam.




القصيدة المُحَمَّدِيَّة


مُحَمَّدٌ أَشْرَفُ الأَعْرَابِ وَالْعَجَمِ

مُحَمَّدٌ خَيْرُ مَنْ يَمْشِيْ عَلَى قَدَمِ

مُحَمَّدٌ بَاسِطُ الْمَعْرُوْفِ جَامِعُهُ

مُحَمَّدٌ صَاحِبُ الإِحْسَــانِ وَالْكَرَمِ

مُحَمَّدٌ تَاجُ رُسْلِ اللهِ قَاطِبَةً

مُحَمَّدٌ صَادِقُ الأَقْوَالِ وَالكَلِمِ

مُحَمَّدُ ثَابِتُ المِيْثَاقِ حَافِظُهُ

مُحَمَّدُ طَيِّبُ الأَخْلَاقِ وَالْشِيَمِ

مُحَمَّدُ رُوِيَت بِالنُّورِ طِيْنَتُهُ

مُحَمَّدُ لمْ يَزَلْ نُوْراً مِّنَ الْقِدَمِ

مُحَمَّدُ حَاكِمُ بِالعَدْلِ ذُوْ شَرَفٍ

مُحَمَّدُ مَعْدِنُ الإِنْعَامِ وَالْحِكَمِ

مُحَمَّدُ خَيْرُ خَلْقِ اللهِ مِنْ مُضَرِ

مُحَمَّدُ خَيْرُ رُسْلِ اللهِ كُلِّهِمِ

مُحَمَّدُ دِيْنُهُ حَـــقٌّ نَدِيْنُ بِهِ

مُحَمَّدُ مُجْمِلاً حَقاً عَلَى عَلَمِ


مُحَمَّدُ ذِكْرُهُ رُوْحٌ لِأَنْفُسِنَا

محمد شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلَى الأُمَمِ

محمد زِينَةٌ الدُنْيَا وَبَهْجَتُهَا

محمد كَاشِفٌ الغُمَّاتِ وَالظُلَمِ

محمد سَيِّدُ طَابَتْ مَنَاقِبُهُ

محمد صَاغَهُ الرَحمَنُ بِالنِعمِ

محمد صَفْوَةٌ البَارِي وَخِيْرَتُهُ

محمد طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ

محمد ضَاحِكٌ لِلضَيْفِ مُكْرِمُهُ

محمد جَارُهُ وَاللهِ لمَ يُضَمِ

محمد طَابَتِ الدُنْيَا بِبَعْثَتِهِ

محمد جَاءَ بِالآيَاتِ وَالحِكَمِ

محمد يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنَا

محمد نُورُهُ الهَادِي مِنَ الظُّلَمِ

محمد قَائِمٌ لِلّهِ ذُو هِمَمِ

محمد خَاتَمُ لِلرُّسْلِ كُلِّهِمِ

English translation:

Muhammad is the most noble of the Arabs and the non-Arabs,

Muhammad is the best of those who walk by footsteps,

Muhammad encompasses all that is good,

Muhammad is the owner of excellence and nobility,

Muhammad is the crown of the Messengers of Allah, without exception,

Muhammad is the most truthful in words and speech,

Muhammad is firm in his promise, guarding it,

Muhammad is good-natured in manners and character,

Muhammad, his nature was given light to drink,

Muhammad, his light has continued from ancient time,

Muhammad judges with justice, possessing honour,

Muhammad is a treasure-trove of blessings and wisdom,

Muhammad is the best of the creation of Allah, from the lineage of Mudar,

Muhammad is the best of all the Messengers of Allah,

Muhammad, his way of life is truth, we follow it with him,

Muhammad, comprehensive excellence, truly is his distinguishing mark,

Muhammad, his mention is a refreshment for our souls,

Muhammad, thanking him is an obligation upon the communities,

Muhammad is the adornment of the world and its splendour,

Muhammad is the one who removes the grief and the gloom,

Muhammad is a master, his virtuous deeds are delightful,

Muhammad, the Merciful shaped him with kindness,

Muhammad, the elite of the Creator and His choice,

Muhammad, innocent of all accusations,

Muhammad laughs for his guest, honouring him,

Muhammad, by Allah! His neighbour is never harmed,

Muhammad, the world became pleasant through his mission,

Muhammad, he came with proofs and wisdom,

Muhammad, on the day of the raising of mankind, he is our intercessor,

Muhammad, his light is the guide out of darkness,

Muhammad, standing for Allah, filled with eagerness,

Muhammad is the Seal of all the Messengers,

(Our Lord, bless and send peace, eternally and forever,

Upon Your beloved, the best of all creation.

-Source-


The untold story of my winter break







(Salam 'alaik!)

woah..today is already 19 February that marks the end of my holiday, the 2 weeks of winter break.
Just as fast as the speed of light, the 2 weeks was too short for me indeed.

The first half of my holiday was really a disaster for me.

Jika ada kata-kata yang mengatakan "masa lapang itu membunuh", maka aku sangat setuju. Ia membunuh bagi orang-orang yang lemah daya tahan dan tiada imuniti untuk melawan serangan penyakit dunia, aktif ataupun pasif.

But the 2nd half was different. I really enjoying the rest of the holiday on the way it is. Kesibukan atau menyibuk hal orang lain menyelamatkan.

A salvation for me I think.

Layan je gambar.

Jalan-jalan dumyat. Cool!
gege molek sek-sek ni denu =P (Gambar dari Hazim)


Walimah abg Israq dan K Naimah. Bersama anak-anak bujang tahun 3 =)

Pengajaran terbaik. Jangan pergi ma'rad hari jumaat. Nak beli tiket
macam nak melontar jamrah. tobat2~


Majlis apresiasi graduan. Nice picture. Boleh baling-baling 'topi' grad.
Seronok dengar kisah-kisah lama mereka. Terbaik!


Daurah kitab. Diskusi kitab Madkhol fi tasawwuf. Program ini sangat baik dan cambes.
-Jika mengetuk pintu tasawuf itu sendiri menyeronokkan, inikan pula masuk ke dalamnya kan.-


Ke walimah Saudara Isa pula di Masjid Salam.
Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'aa bainakuma bilkhair.
(Eh,betol ke?)


Ziarah sahabat dari Jordan, jalan-jalan di Mesir. Naqib,Syahmi (dalam gambar)
juga Syakir, Paie dan Saiful. Maaflah rumah kube lana. Paling jahat ialah Naqib =)
wait for my revenge dude!


Orang kuat Seminar Perubatan Ketiga.


Pendaftaran sikit =P


The end of the program.Seminar~
Puas hati dan seronok di dalam dewan. Berkenalan dengan doktor-doktor
berpengalaman, juga dari ustaz-ustaz hebat. Very inspiring talks by them.

Dr Hatta, Dr Amal dan Dr Latif.Bagai pesanan si Ayah kepada anak-anaknya.
Walaupun secara zahirnya mereka adalah seorang doktor, jiwa mereka penuh dengan
ruh Islam. Contoh doktor muslim yang sangat ideal bagi kami aku kira.



Segala sesuatu dari Allah. Semoga kita tetap thabit di jalan-Nya. Amin. Semoga ada iktibar dari masa-masa lapang kita. Belajar bersistem dan berusaha menjadi lebih baik.

Wah..ade assignment lol. Got to go.
Wassalam.




Mencari Yang Halal?




Salam 'alaik.
Alhamdulillah. Segala puji milik Allah.

Kali ini cuma nak berkongsi beberapa website yang halal untuk dilawati umum khasnya, dan muslim khususnya =)


Pertama:Halal Tubes


Halal Tube. Powered by Allah.


Koleksi video-video terbaik dari speaker-speaker
hebat. Antaranya adalah Zakir Naik, Yusuf Estes,
dan Nouman Ali Khan.(click)

Banyak pilihan dan cambes. Discussion room disediakan
untuk pelawat.Pastikan talian internet anda mantap
supaya kamu tidak bosan menunggu =P




Kedua:Halal Tunes


Tune up your soul with Halaltunes.com


Laman web yang menghimpunkan bacaan Al-Quran
dari Syuyukh yang mahsyur. Antaranya Syeikh Jibreel,
Syeikh Saud Al-Shuraim dan Syeikh Misyari Rasyid.
Pantas dan kualiti audionya sangat baik.(click)



p/s-Jom ramai-ramai menyumbang kepada websites di atas. Klik untuk sokongan, Menjalinkan hubungan mutualisme dengan pihak mereka adalah sesuatu tindakan yang bijak dan berbaloi.

Jazakumullah khair.

Mereka memerlukan sokongan. Kalau bukan dari kita, siapa lagi?




Bahtera cinta dua dunia







Jika baru-baru ini kelihatan wajahku kememe semacam, kehulu-kehilir lagak ayam berak kapur, ketahuilah bahawasanya aku dalam krisis.

Krisis antara aku dan dia.

Teringat saat kali pertama kami bertemu. Ketika cuti panjang selepas sahaja keputusan SPM diumumkan. Ayahlah yang memperkenalkan dia kepadaku.

Aku jatuh hati.

Aku suka.

Gaya dan ciri-cirinya sangat menarik dan menawan kalbu hati remajaku.
Ikhlasku katakan, dia memang terbaik. Boleh dikatakan sempurna. Perfecto!

Kehidupan kami pada awalnya sungguh membahagiakan. Kami dilimpahi cahaya kebahagiaan. Senyum sebagai seri. Tidak pernah terlintas langsung untuk bermasam muka.

Segalanya nampak berjalan baik.Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.



Ilustrasi tangan kucing (Gambar Hiasan)


Tetapi segalanya berubah setelah sepurnama kami besama. Dia tidak lagi seperti dahulu. Tindak-balasnya lambat sekali.

Kadang-kala dia angin tak tentu fasal. Mudah-mudah sahaja dia meninggalkan aku tatkala aku berbicara dengannya. Tindakannya sukar sekali diramal. Sakit hati juga apabila diperlakukan sebegitu.

Pernah saudara Hafizadam menyarankan aku supaya segera mencari pengganti. Saranan saudara Umar untuk menghumban si dia ke dalam Sungai Nil juga masih terngiang-ngiang di telingaku.

Menghumban jauh-jauh agar si dia tidak lagi meniggalkan jejak dalam kamus hidupku.
Sedar akan kelemahan si dia. Akur. Tapi aku tak pernah peduli.

Alah bisa tegal biasa. Berpatah arang berkerat rotan.

Persetankan mereka semua. Selagi mampu akan ku gagahi diriku untuk mengemudi bahtera ini sebaiknya.

Kemuncak perhubungan kami berlaku kira-kira seminggu yang lepas. Dia bagaikan koma. Umpama mayat hidup. Pertanyaan dan permintaanku tidak berbalas lagi. Aku tidak senang duduk.

Ada orang tengah antara kami. Firasatku kuat mengatakan Kome (bukan nama sebenar) antara dalangnya.Walau bukan firasat sufi, namun ia jarang sekali menyeleweng.

Celaru.

Haru biru dibuatnya. Baru aku sedar. Si dia pendokong dalam hidup sehari-harianku. Tanpa dirinya, segalanya tampak tidak menjadi.

Aku bagai menangguk di air keruh. Menunggu si dia sedar.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melupuskan segala memori kami bersama. Bagaikan di 'brain wash', secara fizikalnya dia masih seperti dahulu.

Tetapi kali ini wajahnya nampak lebih riang. Tindak-balasnya pantas.

Aku suka.
Kerana dia masih lagi seperti dahulu. Saat pertama kali kami bertemu dibawah pohonan rindu.

Oh Compaq Presario V3000. Welcome home!



Her new style.


p/s-sekian rapuan ringkas seorang insan yang xde keje lain di pagi winter break. Baru lepas format laptop.

p/s-Cikgu, saya berjaya guna lebih dari 3 peribahasa. Boleh dapat grade A untuk markah karangan. yay!

p/s-Windows 7 cool!


Ra’sul Bar


Selepas meniti hari-hari peperiksaan dengan memerap di rumah, hari ini kami keluar beramai-ramai. Mencuba menghirup udara dingin luar dari kota Kaherah yang sibuk.


Cairo’s all boys gen 7 telah menjalankan satu program bersama. Menjelajah negeri Dumyat dalam masa sehari.

Destinasi dituju ialah Ra’sul Bar (راءس البر).
Ra’sul Bar apabila diterjemah secara mudah bermaksud Kepala Darat.



Masjid tempat kami solat jama' dan qasar


Dikhabarkankan bahawa Saidina ‘Amr Bin ‘Asr berlayar ke Mesir melalui jalan laut. Setelah menempuh perjalan yang jauh, beliau akhirnya bertemu dengan daratan lalu berlabuh di situ.

Bersempena dengan itu, kawasan tersebut dinamakan Ra’sul Bar kerana ia merupakan daratan pertama yang ditemui oleh beliau dalam perjalanan ke Mesir.


Sungai Nil yang merupakan sungai terpanjang di dunia juga berakhir di sini. Sungai yang berpunca dari Tasik Victoria di Sudan ini akhirnya mengalirkan segala isinya ke dalam laut Mediterranean.


Tenang. Sungai Nil hampir ke penamatnya.

Di sini jugalah dikatakan tempat dimana dua laut bertemu tetapi tidak bercampur, mengikut beberapa pendapat. Air masin dan tidak. Umpama ada benteng yang memisahkan. Sebagaimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran, surah Ar-Rahman.



" Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. "

(Ar-rahmaan; ayat 19 dan 20)



Boleh cuba lihat tulisan di atas sekali.

Subhanallah.

(cerita naqal dari Izzudin Nadzif dari seorang Ustaz.)




Persisiran pantai laut Mediterranean.


Si kerdil merenung laut biru.


Karamnya kapal Van der Wijck.


Muara sungai.


Turas cahaya.


Kompas bumi.



Rumah api.


Lidah terasa masin apabila titisan air laut singgah di bibir.Aroma laut sungguh meninggalkan kesan.


Tatkala kecewa tidak dapat melihat kawasan dimana dua laut bertemu dek kerana laut yang bergelora, kami masih kagum melihat laut.
Ombaknya nampak gah. Luasnya pula tidak tergapai pandangan. Percikan-percikan air dari celahan batu persis si mutiara.

Kami kagum. Laut itu hebat.


Tetapi kami tidak lupa.
Penciptanya tentulah yang paling hebat. Yang Maha kuasa. Yang Maha besar.

MashaAllah. Tiada tuhan selainNya.


(coming up next..Sketches: Dumyat Explorer)