Sejak belajar tentang tumbuhan dalam buku sains sekolah rendah, aku semakin rajin menanam pokok. Habis biji-biji kacang hijau emak dari dapur aku tibai.
Perlahan-lahan aku cuci biji-biji tadi. Rendam seketika dan pilih yang terbaik di antara mereka.
Kemudian aku siapkan tapak semaian untuk mereka. Aku lembapkan tisu sebagai pengganti tanah. Letakkan semaian tadi di beranda luar.
Berhati-hati aku memilih tempat. Biar dapat cahaya, tetapi tidak pula terlalu direct. Redup sedikit supaya tidak terlalu kering nanti.
Tunggu selama 2 hari, tunasnya muncul. Perlahan-lahan ia bertumbuh. Akar semakin menunjukkan sifat positive hidrotropism. Pucuknya pula negative geotropism.
"Mama, tengok ni, banyak taugeh tumbuh."
Si anak bangga dengan hasil kerjanya. Ibu hanya tersenyum. Walaupun taugeh sungguh mudah untuk didapati dari mamak stall berhampiran dan tanaman tersebut hanya menyemakkan beranda, ibu tak pernah meruntuhkan semangat si anak.
"Teruskan.."
Ujar ibu, kata-kata yang diungkap melalui senyumannya,
Aku belajar sesuatu. Menyemai benih dan membesarkan tumbuhan itu ada peraturannya. Ada penjagaannya. Ada peringkatnya.
Tidak boleh sembarangan.
Begitulah juga apabila kita mahu berubah. Mahu dan tahu bagaimana caranya untuk menjadi lebih baik.
Kita perlukan pelakunya yakni seorang Murabbi. Seorang guru, pendidik, dan pengajar yang dapat menyampaikan ilmu dengan kesannya di hati dan amal kita.
Kita perlukan kaedahnya yakni Manhaj. Tahu kaedah atau uslubnya. Perubahan satu proses berperingkat. Biar sedikit demi sedikit. Jangan dipaksa dalam tempoh masa yang singkat.
Kita perlukan persekitaran yang baik yakni Biah. Biah solehah membentuk suasana yang mengajak-ngajak kepada amal soleh dan menjauhi perkara mungkar pastinya membantu membina fikiran dan hati yang sehat.
Murabbi, manhaj dan biah adalah tiga element penting dalam perubahan.
Moga-moga kita sentiasa punya azam untuk berubah menjadi lebih baik. Umpama sebatang pokok yang besar dan sihat, ia pastinya dapat memberi teduh kepada hidupan yang lain. Manfaat kepada diri juga kepada yang lain.
Jadikan taugeh sebagai entiti dalam mengajak diri kepada perubahan.
Till then.
Wassalam.
tq...
kalau boleh LIKE-akk like:)
jazakallah.
syukran2 sebab datang ziarah sini. Moga ada manfaatnya.
Peace~
Syukran.. Post ni mengingatkan pada post Tips Berubah pada suatu masa dahulu..