Korea Utara, sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan ala diktator totalitarian Stalinist hari ini akan menghukum pasukan bola sepak negara mereka.
Hukuman bekerja di lombong arang batu sebagai balasan akibat daripada kekalahan memalukan dalam saingan akhir Piala Dunia nampak tidak adil jika dibandingkan usaha mereka membawa negara mereka ke pusingan akhir.
Apalah nasib.
Untungnya pemain Malaysia yang hanya dikutuk melalui media massa walaupun fasiliti dan kewangan dalam kondisi yang baik. Malu sahaja jika nak dibandingkan dengan negara-negara fasa peperangan dan darurat ketika ini.
p/s- malaysia ada stadium runtuh paling mahal di dunia. Baru siap beberapa bulan dah runtuh. Ceh, banyak sangat sub projek kat company lain. Nak untung atas angin.
Terima kasih rakyat Malaysia
8 years ago
Post a Comment