Tadaima


Tadaima!!

Alhamdulillah.

Setelah 3 hari berlewaran di bumi Matruh dan Siwa aku balik semula ke Kaherah.

Satu jaulah atau percutian kelas ekonomi/bajet rendah untuk musim panas. Hanya LE200 selepas diskaun untuk percutian selama 3 hari 2 malam rasanya berbaloi.

Eh, rasanya aku tak pernah melancong dengan bajet yang tinggi pun setakat ni.

Jalan-jalan menikmati aroma laut dan halusnya pasir pantai di sekitar Matruh, juga meninjau-ninjau komuniti masyarakat Siwa yang berbeza dengan masyarakat bandar di Kaherah, rasanya satu pengalaman yang berharga untuk di simpan dalam memori otak aku.

Banyak kisah dan gambar yang hendak dikongsikan untuk post akan datang.

Tentang Pantai Abyadh, Bahru Malah, Kota Lama Siwa dan masyarakatnya, kisah Cleopatra permaisuri Firaun etc.






Free gifts dan telur dinasour asin (batu garam) dari Matruh-Siwa.



Hidup perlu diteruskan. Moga kita sentiasa diberi kekuatan dan petunjuk dari-Nya.

Wallahu a’alam.

p/s- pakai jam tangan dan tidak tidur selepas subuh adalah antara petua untuk disayangi mertua :p Peace!

4 Responses


  1. lyanna on July 16, 2010 at 11:34 PM

    matrouh dan siwa memang best.

    kalau tak tidur lepas subuh tu memang diketahui akan disayangi mertua.cuma yang bab pakai jam tu.
    apa sebabnya?

  2. mohd hazwan bin mohd salleh on July 18, 2010 at 12:51 PM

    Sbb mertua nakcari menantu yg hargai dan menepati masa..

    ada cerita dia, nnti akan dikongsikan. atau boleh tanya pengarah program matruh-siwa.

  3. lyanna on July 18, 2010 at 8:37 PM

    dah dapat cerita dia dari pengarah matrouh siwa.:D

    menarik:).

    pasni seme pakai jam tangan.hehe.:P

  4. mohd hazwan bin mohd salleh on July 19, 2010 at 11:28 AM

    baguih2.pahni pakat beli jam belake.
    lagi byk lagi baguih. hek2..