Ladies coach dan beg plastik







Kami naik KTM petang tadi. Dari Putra LRT, tukar train di KL Sentral hendak ke Kajang.

Menjangkakan petang ini adalah petang yang padat seperti tin sardin sebagaimana semalam dan pagi tadi.

Tapi kami tersilap.

Dari tempat kami berdiri, kelihatan beberapa seat yang kosong.



"Weh, kosong la. Cantik ni.."

Bisik seseorang yang agak kejeritan hingga didengari orang lain. Rata-rata disekeliling kami adalah kaum hawa.

Tiba-tiba aku perasan seorang gadis India berkacamata menjeling ke arah kami. Ada kilauan di hujung matanya ala-ala anime. Sambil bibir mengukir senyuman sinis.

Ni apehal kak long ni? Semacam je.



"OI..ni coach wanita da".

Haha.

Maka kami pun berlari-lari ke coach sebelah dalam keadaan malu-malu kucing.

Adeh, macam mana boleh terlupa ni. Teruk betul. Padan la akak tadi usha kami semacam.


Sabtu hari tanpa beg plastik Selangor

Ladies coach yang bertanda merah dan "sila bawa beg pasar sendiri pada hari Sabtu" adalah pengajaran untuk hari ini.

Sayang Selangor. Support program kerajaan negeri.

p/s- banyak benda berubah walaupun baru 9 bulan.

3 Responses


  1. AtiqahHanisMustapa on August 1, 2010 at 2:01 PM

    hahahaa..=)

  2. sbadriyah on August 1, 2010 at 9:44 PM

    bagusnya dah ada gerabak perempuan sahaja.....
    Semoga perubahan ini berkekalan dan kalau nak kekal kena kekalkan kerajaan negeri sekarang..hehehe

  3. mohd hazwan bin mohd salleh on August 2, 2010 at 3:02 AM

    aah.. baguih2. tapi perkhidmatan ktm still lambat. kene tmbah gerabak kut.

    asyik buat konferens fasal alam sekitar, tapi tindakan xdak. ni kerajaan negri dah buat sumthing, kene la support kan. hek2.

    peace!