Selalu kalau hari nak balik bercuti ke Malaysia, biasanya budak-budak akan rasa happy. Termasuklah aku. Tetapi berlaku sebaliknya jika anda menaiki Egypt Air. Illa misr toiraan.
Tahun ni Egypt Air buat lawak dengan diorang punya customer. Satu-satu cerita aku dengar tentang pelajar pengajian agama dan medik di Mesir ni yang terkandas kat airport dek kerana masalah tiket mereka.
Ada yang di offer untuk turun di Bangkok. Ada juga yang kena refund tiket dan balik menggunakan penerbangan yang lain.
Mungkin seat yang ada tidak sebanyak tiket yang sudah di "confirmed" kan oleh pihak mereka.
Aku tak pasti siapa yang salah. Agen atau Egypt Air sendiri.
Maka aku dan rakan yang lain dah macam harimau kelaparan. Tak senang berdiri dibuatnya. Bila gate bukak je, terus menerkam masuk. Tercari-cari tempat nak check in untuk dapatkan boarding pass. Tanya ammu sana. Tanya ammu sini.
Masa nak check in da macam nak tunggu natijah/result exam dah. Takutnya ya Allah.
Alhamdulillah kami dapat mumtaz untuk check in. Dapat boarding pass, kami lambai rakan-rakan yang temankan kami ke airport (tengah melantak burger king). Lega.
Tak hairan kalau Egypt Air rugi besar selepas ini jika meneruskan service yang menakutkan untuk customer mereka. Anda membeli tiket yang tak pasti ada tempat duduknya.
Ini bukan bas untuk kamu berdiri jika tiada tempat duduk.
First time naik Egypt air. Ada juga kelebihan berbanding flight lain.
Pertama, sebelum terbang, mereka akan guide orang ramai untuk baca doa safar/ menaiki kenderaan.
Kedua, mereka tidak menggalakkan hedonisme. Skrin tv yang terpaksa dikongsi ditambah pula sistem audio yang agak teruk membataskan pengguna untuk berhibur.
Ketiga, landing yang sangat kemas. (serius!)
Dan tak perlu transit. :p
Sekian perkongsian mencemaskan bersama Egypt Air.
Sila pastikan tali pinggang keledar anda dipasang kemas ketika cuti, supaya anda tidak lemas dihanyutkan oleh masa lapang anda. Hehe.
Till then.
Wassalam.
p/s- Egypt air officers, please translate this post using google translator so that you can understand my complaints. Hemo2.
setju dengan landing yg kemas.. tak pernah2 naik airlines lain sekemas landingnya egypt air..
ola!!
selamat kembali!!=)
wan tau x airline lain pun ad bc doa..tp slmt okla...
besnye balik...
doakan hati aku tetap kemas di mesir
sekemas landing kapal terbang egy air..
to anony:
aah.. "sekemas landingnya egypt air", boleh jadi moto Egypt air ni. hehe.
to atiqah hanis:
moshi2..selamat terbang utk kamu pula,=)
al-fareast:
oo..yeke.
dah naik MAS, Emirates and Gulf air tp xde doa. Kene try naik yg lain pula la kot pahni.
to ihsan:
huhu..insyaAllah. Sama2 doakan ^*^
eyh..gulf,qatar ngn etihad ade doa taw..hehe..tp landing krg cantik..
hehe..
selamat jgk ko ke tanah air.itu yg penting! =)
Betul2..
Alhamdulillah selamat.
Berkat doa suma. Terime kasih.
Hahaha... ak tersenyum baca entri ko.
Btw, dlm batch aku, aku dikutuk sbg "frequent flyer" Egypt Air.
Memang sengal pon dorg ni. Tapi bab take-off ngan landing tu ak sgt stuju.
to bro izwan:
hoho..
egyptian style,nak wat camne. xpe2,nnti lame2 boleh biasakan diri.hek3..