Memilih pemimpin yang amanah







Suatu hari dalam satu majlis ilmu, Syeikh Nuruddin menceritakan pada kami tentang kisah Khalifah Umar Abdul Aziz (lihat video di atas). Bagaimana amanahnya beliau dalam menggunakan harta negara yang juga wang rakyat.

Tak hairanlah pada zaman pemerintahan beliau, wujud masalah pembahagian harta baitul mal, kerana susahnya mahu mencari mereka yang layak untuk menerimanya.

Hanya dalam tempoh 2 tahun 5 bulan yang terlalu pendek bagi sesuatu pemerintahan, beliau berjaya menjadikan kerajaan Umaiyah semakin kuat dan rakyat hidup tanpa kedhaifan.

Jika di Malaysia kita boleh jumpa beberapa figure yang amanah dalam memimpin. Antaranya TGNA. Dikhabarkan beliau hanya menggunakan kereta milik kerajaan negeri untuk perkara-perkara berkaitan dengan kerajaan. Dan akan menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan peribadi.

Pemimpin yang mengamalkan rasuah tentunya hanya membawa masalah kepada negara dan masyarakat. Entah dari mana pula duit untuk rasuah itu diperolehi.


Teladani kepimpinan Umar Abdul Aziz.

Angkatlah pemimpin bertaqwa di antara kita. Moga nantinya beliau mampu membawa kita kepada redha dan syurgaNya.

Wassalam.