Alhamdulillah.
Semalam aku sempat ikut jaulah maqam anjuran Perubatan. Jaulah maqam ini adalah yang kedua dalam masa 3 tahun aku stay kat mesir. Kali pertama dulu masa 1st year. Ala-ala minggu orientasi untuk pelajar yang baru tiba di Mesir.
Kurang lebih 30 maqam yang kami ziarah dan lawati sekitar Kaherah. Dari pagi sampai ke Asar. Letih juga tambah cuaca panas.
Antaranya maqam Syeikh Soleh Jaafari, Sayyidah Nafisah, Sayyidah Ruqaiyah, Syeikh Ahmad bin 'Aatoillah al-iskandari, Sultan Al-hanafi, Imam Syafie, Imam Romli, Imam Sya'rani etc.
Ulama meletakkan 2 sebab mengapa kita perlu menziarahi maqam, lebih-lebih lagi maqam orang-orang soleh.
1) Maqam-maqam tersebut merupakan tempat di mana doa amat mustajab. Kita dapat menumpang kebaikan orang-orang soleh tersebut.
2) Untuk mengenali dengan lebih dekat tentang orang-orang soleh yang kita ziarahi. Bagaimana akhlaknya, sifatnya dan amalan-amalan mereka. Dengan harapan kita dapat mengikuti jejak mereka. (Walau tidak mampu sekalipun untuk meniru akhlak mereka, biarlah kita punya cita-cita ke arahnya.)
Berdasarkan kepada cerita dan kisah yang disampaikan oleh Ust Syukri, aku dapat simpulkan bahawa antara amalan yang selalu dilakukan orang-orang soleh adalah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.
Sebagaimana dikhabarkan bahawa Syeikh Soleh Jaafari akan berselawat sebanyak 10000 kali sebelum tidurnya.
Bacaan lanjut tentang beliau di sini.
(kita ni, duk jaga tak tidur pun payah nak selawat. Sehari boleh bilang berapa kali ja)
Malunya aku. Mengaku pengikut mazhab syafie tapi jarang sekali menziarahi al-imam, sedangkan maqam beliau tak jauh mana.
Malunya aku. Merata berjalan, tapi nak ziarah maqam-maqam yang dekat-dekat ni pun tak mampu.
Kena rajin-rajinkan diri ziarah maqam lepas ni. Duduk dekat dengan orang soleh supaya kita dapat cuba mengikut mereka.
Banyak saja maqam ahlul bait keturunan Rasulullah dan syeikh-syeikh besar di Kaherah ni.
Panjang umur dan murah rezeki akan kembali ke Mesir.
Malam ni insyaAllah akan pulang bercuti di Malaysia. Doakan perjalanan selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Wassalam.
p/s-bagaimana mata yang kotor dengan maksiat mampu melihat sesuatu yang bersih dan suci.
Layakkah kita memiliki cita-cita untuk melihat wajah Rasulullah andai mata sudah dicemari dengan perkara maksiat.
(adeh, kepala bagai dilempar batu. Pesanan yang amat bermakna dari ustaz. Tunduklah kamu wahai mata..)
satu perkongsian artkkel yg baik kali ini.. terutamanya pada pesanan terakhir kamu memetik kata2 ustaz itu.. terima kasih!!
sama2..
trima kasih juga sudi ziarah ke sini.
salam.artikel yg sungguh mnarik...info mngenai makam2 sgt menarik..keep it up..
to ira:
wsalam. syukran.