Archive: July 2010


Ladies coach dan beg plastik







Kami naik KTM petang tadi. Dari Putra LRT, tukar train di KL Sentral hendak ke Kajang.

Menjangkakan petang ini adalah petang yang padat seperti tin sardin sebagaimana semalam dan pagi tadi.

Tapi kami tersilap.

Dari tempat kami berdiri, kelihatan beberapa seat yang kosong.



"Weh, kosong la. Cantik ni.."

Bisik seseorang yang agak kejeritan hingga didengari orang lain. Rata-rata disekeliling kami adalah kaum hawa.

Tiba-tiba aku perasan seorang gadis India berkacamata menjeling ke arah kami. Ada kilauan di hujung matanya ala-ala anime. Sambil bibir mengukir senyuman sinis.

Ni apehal kak long ni? Semacam je.



"OI..ni coach wanita da".

Haha.

Maka kami pun berlari-lari ke coach sebelah dalam keadaan malu-malu kucing.

Adeh, macam mana boleh terlupa ni. Teruk betul. Padan la akak tadi usha kami semacam.


Sabtu hari tanpa beg plastik Selangor

Ladies coach yang bertanda merah dan "sila bawa beg pasar sendiri pada hari Sabtu" adalah pengajaran untuk hari ini.

Sayang Selangor. Support program kerajaan negeri.

p/s- banyak benda berubah walaupun baru 9 bulan.


Expect the unexpected with Egypt Air





Selalu kalau hari nak balik bercuti ke Malaysia, biasanya budak-budak akan rasa happy. Termasuklah aku. Tetapi berlaku sebaliknya jika anda menaiki Egypt Air. Illa misr toiraan.

Tahun ni Egypt Air buat lawak dengan diorang punya customer. Satu-satu cerita aku dengar tentang pelajar pengajian agama dan medik di Mesir ni yang terkandas kat airport dek kerana masalah tiket mereka.

Ada yang di offer untuk turun di Bangkok. Ada juga yang kena refund tiket dan balik menggunakan penerbangan yang lain.

Mungkin seat yang ada tidak sebanyak tiket yang sudah di "confirmed" kan oleh pihak mereka.

Aku tak pasti siapa yang salah. Agen atau Egypt Air sendiri.

Maka aku dan rakan yang lain dah macam harimau kelaparan. Tak senang berdiri dibuatnya. Bila gate bukak je, terus menerkam masuk. Tercari-cari tempat nak check in untuk dapatkan boarding pass. Tanya ammu sana. Tanya ammu sini.

Masa nak check in da macam nak tunggu natijah/result exam dah. Takutnya ya Allah.

Alhamdulillah kami dapat mumtaz untuk check in. Dapat boarding pass, kami lambai rakan-rakan yang temankan kami ke airport (tengah melantak burger king). Lega.

Tak hairan kalau Egypt Air rugi besar selepas ini jika meneruskan service yang menakutkan untuk customer mereka. Anda membeli tiket yang tak pasti ada tempat duduknya.

Ini bukan bas untuk kamu berdiri jika tiada tempat duduk.

Egypt Air


First time naik Egypt air. Ada juga kelebihan berbanding flight lain.

Pertama, sebelum terbang, mereka akan guide orang ramai untuk baca doa safar/ menaiki kenderaan.

Kedua, mereka tidak menggalakkan hedonisme. Skrin tv yang terpaksa dikongsi ditambah pula sistem audio yang agak teruk membataskan pengguna untuk berhibur.

Ketiga, landing yang sangat kemas. (serius!)

Dan tak perlu transit. :p

Sekian perkongsian mencemaskan bersama Egypt Air.

Sila pastikan tali pinggang keledar anda dipasang kemas ketika cuti, supaya anda tidak lemas dihanyutkan oleh masa lapang anda. Hehe.

Till then.
Wassalam.

p/s- Egypt air officers, please translate this post using google translator so that you can understand my complaints. Hemo2.


Jaulah Maqam musim panas







Alhamdulillah.

Semalam aku sempat ikut jaulah maqam anjuran Perubatan. Jaulah maqam ini adalah yang kedua dalam masa 3 tahun aku stay kat mesir. Kali pertama dulu masa 1st year. Ala-ala minggu orientasi untuk pelajar yang baru tiba di Mesir.

Kurang lebih 30 maqam yang kami ziarah dan lawati sekitar Kaherah. Dari pagi sampai ke Asar. Letih juga tambah cuaca panas.

Antaranya maqam Syeikh Soleh Jaafari, Sayyidah Nafisah, Sayyidah Ruqaiyah, Syeikh Ahmad bin 'Aatoillah al-iskandari, Sultan Al-hanafi, Imam Syafie, Imam Romli, Imam Sya'rani etc.


Maqam Imam Syafie



Ulama meletakkan 2 sebab mengapa kita perlu menziarahi maqam, lebih-lebih lagi maqam orang-orang soleh.

1) Maqam-maqam tersebut merupakan tempat di mana doa amat mustajab. Kita dapat menumpang kebaikan orang-orang soleh tersebut.

2) Untuk mengenali dengan lebih dekat tentang orang-orang soleh yang kita ziarahi. Bagaimana akhlaknya, sifatnya dan amalan-amalan mereka. Dengan harapan kita dapat mengikuti jejak mereka. (Walau tidak mampu sekalipun untuk meniru akhlak mereka, biarlah kita punya cita-cita ke arahnya.)

Berdasarkan kepada cerita dan kisah yang disampaikan oleh Ust Syukri, aku dapat simpulkan bahawa antara amalan yang selalu dilakukan orang-orang soleh adalah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.

Sebagaimana dikhabarkan bahawa Syeikh Soleh Jaafari akan berselawat sebanyak 10000 kali sebelum tidurnya.

Bacaan lanjut tentang beliau di sini.

(kita ni, duk jaga tak tidur pun payah nak selawat. Sehari boleh bilang berapa kali ja)

Malunya aku. Mengaku pengikut mazhab syafie tapi jarang sekali menziarahi al-imam, sedangkan maqam beliau tak jauh mana.

Malunya aku. Merata berjalan, tapi nak ziarah maqam-maqam yang dekat-dekat ni pun tak mampu.

Kena rajin-rajinkan diri ziarah maqam lepas ni. Duduk dekat dengan orang soleh supaya kita dapat cuba mengikut mereka.

Banyak saja maqam ahlul bait keturunan Rasulullah dan syeikh-syeikh besar di Kaherah ni.
Panjang umur dan murah rezeki akan kembali ke Mesir.



Maqam Syeikh Soleh Jaafari. (Sumber)

Malam ni insyaAllah akan pulang bercuti di Malaysia. Doakan perjalanan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Wassalam.

p/s-bagaimana mata yang kotor dengan maksiat mampu melihat sesuatu yang bersih dan suci.
Layakkah kita memiliki cita-cita untuk melihat wajah Rasulullah andai mata sudah dicemari dengan perkara maksiat.

(adeh, kepala bagai dilempar batu. Pesanan yang amat bermakna dari ustaz. Tunduklah kamu wahai mata..)


Hentikan subsidi dan naikkan barang bukan cadangan bernas


Setelah melalui rentetan beberapa perang besar antara Islam dan tentera salib, kemenangan dalam peperangan Hittin dan penguasaan semula Baitul Maqdis, akhirnya beliau kembali menziarahi kampung halamannya di Damsyik.

Pembesar di situ menyambut kedatangan Salahuddin Al-Ayubi(SAA) dengan baik sekali.
Beliau menawarkan sebuah kediaman yang mewah untuk SAA.

Namun, beliau tidak menerima pemberian itu. Malah marah dengan sikap pembesar tersebut. Harta tadi sepatutnya digunakan untuk membantu penduduk-penduduk miskin. Sultan Salahuddin jelas tidak selesa dengan kemewahan tersebut.

Diriwayatkan Sultan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar.


Makam Sultan Salahuddin Al- Ayubi di Damsyik



Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

“Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

“Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini.

Sumber: themalaysianinsider



Banyak sebab mengapa duit hilang dalam perbelanjaan negara. Kaji dan selidiklah sebaiknya. Ni rakyat pula yang jadi mangsa bila subsidi mahu di tarik dan harga barang naik harga.

P/s- macam mana nak minum teh tak pakai gula? Sape tahu?


Siwa dan orang kampungnya


Kalau sebelum ini aku hanya minum air botol cap Siwa, hari ni aku dapat menjejakkan kaki di bumi tersebut.

Tiada kemajuan yang dapat dibanggakan di sini. Tapi ada keistimewaan dan kelainan di bumi Siwa ini berbanding daera-daerah lain di mesir.

Dahulunya, penduduk di sini memang kuat amalannya dengan ilmu-ilmu sihir atau ilmu hitam. Namun, sejak Islam mula bertapak di hati penduduknya, amalan-amalan syirik itu ditinggalkan.

Sekalipun begitu sukar para daie pada masa dahulu cuba memecahkan tembok kejahilan dengan menyampaikan Islam, namun kini hasilnya dapat dilihat.

Aku perhatikan pada muamalat masyrakat setempat. Kaum wanita disini sungguh dijaga. Mereka tidak kelihatan merayau atau suka-suka melepak di tepi jalan. Pakaian labuh menutupi tubuh, beserta niqab.

Tiada percampuran bebas antara anak muda laki-laki dan wanita. Berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan Kaherah.




Perjalanan dari Matruh ke Siwa mengambil masa kira-kira 5 jam.
Sepanjang jalan dihiasi papan tanda tasbih, tahmid dan asma'ul husna. Cambest2!




Siwa Adim (Siwa lama), hanya bekas-bekas tapak kediaman. Dapat dilihat
ketika dalam perjalanan ke Siwa.


Shali, merupakan panggilan bagi Siwa dalam bahasa Barbar, bahasa yang
digunakan di beberapa buah negara seperti Morocco dan Algeria.


Di tengah bandar, ada sebuah kota lama.


Bila sampai ke puncak kota, boleh tengok keseluruhan bandar dari atas. Cool!


Boleh nampak muslimat dia, yang duduk atas kereta.



Siwi eazi adalah perkataan himar (keldai) dalam bahasa Barbar.
Kenderaan berkeldai ala-ala Troy adalah kenderaan yang amat
popular di sini.




Kolam Cleopatra. Cleopatra pernah datang ke siwa dan mandi di sini.
Terjumpa Cleopatra ciplak pula di sini. Hemo2. Teruk betui..



Budak-budak arab naik syeih bila tengok pelancong makin ramai usha diorang mandi.
Macam-macam gaya boleh tengok. Kuak lentang, terbang kupu-kupu dan seumpamanya.




Jabal mauta. Tempat orang meninggal zaman dulu-dulu dikebumikan.




Temple of the oracle.




Tempat ni pernah dilawat Alexander the Great. Yang puncak tu, pokcik arab royak
tempat orang azan bila dah masuk waktu solat dulu-dulu.


Jalan dan jalan lagi. Sejuk atau panas. Bumi Allah ni terlalu luas, dan aku yang terlalu kerdil.
Subhanallah.

Kecilnya aku.

Siwa, moga panas dan hangatnya kau mengajar aku..

p/s- fakta hanya diperoleh melalui lisan. Kecacatan dalam menyampai harap dimaafkan =)






Tadaima


Tadaima!!

Alhamdulillah.

Setelah 3 hari berlewaran di bumi Matruh dan Siwa aku balik semula ke Kaherah.

Satu jaulah atau percutian kelas ekonomi/bajet rendah untuk musim panas. Hanya LE200 selepas diskaun untuk percutian selama 3 hari 2 malam rasanya berbaloi.

Eh, rasanya aku tak pernah melancong dengan bajet yang tinggi pun setakat ni.

Jalan-jalan menikmati aroma laut dan halusnya pasir pantai di sekitar Matruh, juga meninjau-ninjau komuniti masyarakat Siwa yang berbeza dengan masyarakat bandar di Kaherah, rasanya satu pengalaman yang berharga untuk di simpan dalam memori otak aku.

Banyak kisah dan gambar yang hendak dikongsikan untuk post akan datang.

Tentang Pantai Abyadh, Bahru Malah, Kota Lama Siwa dan masyarakatnya, kisah Cleopatra permaisuri Firaun etc.






Free gifts dan telur dinasour asin (batu garam) dari Matruh-Siwa.



Hidup perlu diteruskan. Moga kita sentiasa diberi kekuatan dan petunjuk dari-Nya.

Wallahu a’alam.

p/s- pakai jam tangan dan tidak tidur selepas subuh adalah antara petua untuk disayangi mertua :p Peace!


Memilih pemimpin yang amanah







Suatu hari dalam satu majlis ilmu, Syeikh Nuruddin menceritakan pada kami tentang kisah Khalifah Umar Abdul Aziz (lihat video di atas). Bagaimana amanahnya beliau dalam menggunakan harta negara yang juga wang rakyat.

Tak hairanlah pada zaman pemerintahan beliau, wujud masalah pembahagian harta baitul mal, kerana susahnya mahu mencari mereka yang layak untuk menerimanya.

Hanya dalam tempoh 2 tahun 5 bulan yang terlalu pendek bagi sesuatu pemerintahan, beliau berjaya menjadikan kerajaan Umaiyah semakin kuat dan rakyat hidup tanpa kedhaifan.

Jika di Malaysia kita boleh jumpa beberapa figure yang amanah dalam memimpin. Antaranya TGNA. Dikhabarkan beliau hanya menggunakan kereta milik kerajaan negeri untuk perkara-perkara berkaitan dengan kerajaan. Dan akan menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan peribadi.

Pemimpin yang mengamalkan rasuah tentunya hanya membawa masalah kepada negara dan masyarakat. Entah dari mana pula duit untuk rasuah itu diperolehi.


Teladani kepimpinan Umar Abdul Aziz.

Angkatlah pemimpin bertaqwa di antara kita. Moga nantinya beliau mampu membawa kita kepada redha dan syurgaNya.

Wassalam.


Childhood memories



Childhood memories

(Ini hasil pertama aku lepas belajar guna Adobe photoshop dari Umar sensei. Ambil masa hampir 2 jam haha. Not bad la as a rookie or beginner, kan?

Ni gambar masa along sunat kat Johor.Semua dah besar-besar dalam gambar ni. Kira muda-mudi la. Dedikasikan lagu di bawah untuk semua pemuda yang singgah di sini. Apa pun yang dilakukan, Islam tetap jadi pegangan. Peace!)


Masa muda usiaku kini
Warna hidup tinggal kupilih
Namun aku telah putuskan
Hidup diatas kebenaran

Reff :
Masa muda penuh karya untukMu Tuhan
Yang aku persembahkan sbagai insan beriman
Mumpung muda ku tak berhenti menapak cita
Menuju negeri syurga yang nun jauh disana

Kini jelas tiap langkahku
Illahi jadi tujuanku
Apapun yang aku lakukan
Islam slalu jadi pegangan


edCoustic - Masa Muda.mp3


"We plan our lives according to a dream

that came to us in our childhood,
and we find that life alters our plans.
And yet, at the end, from a rare height,
we also see that our dream was our fate."


Till then.
Wassalam.



Elemen penting untuk berubah




Sejak belajar tentang tumbuhan dalam buku sains sekolah rendah, aku semakin rajin menanam pokok. Habis biji-biji kacang hijau emak dari dapur aku tibai.

Perlahan-lahan aku cuci biji-biji tadi. Rendam seketika dan pilih yang terbaik di antara mereka.
Kemudian aku siapkan tapak semaian untuk mereka. Aku lembapkan tisu sebagai pengganti tanah. Letakkan semaian tadi di beranda luar.

Berhati-hati aku memilih tempat. Biar dapat cahaya, tetapi tidak pula terlalu direct. Redup sedikit supaya tidak terlalu kering nanti.

Tunggu selama 2 hari, tunasnya muncul. Perlahan-lahan ia bertumbuh. Akar semakin menunjukkan sifat positive hidrotropism. Pucuknya pula negative geotropism.

Mung beans. So adorable.


"Mama, tengok ni, banyak taugeh tumbuh."

Si anak bangga dengan hasil kerjanya. Ibu hanya tersenyum. Walaupun taugeh sungguh mudah untuk didapati dari mamak stall berhampiran dan tanaman tersebut hanya menyemakkan beranda, ibu tak pernah meruntuhkan semangat si anak.

"Teruskan.."

Ujar ibu, kata-kata yang diungkap melalui senyumannya,

Aku belajar sesuatu. Menyemai benih dan membesarkan tumbuhan itu ada peraturannya. Ada penjagaannya. Ada peringkatnya.

Tidak boleh sembarangan.

Begitulah juga apabila kita mahu berubah. Mahu dan tahu bagaimana caranya untuk menjadi lebih baik.

Kita perlukan pelakunya yakni seorang Murabbi. Seorang guru, pendidik, dan pengajar yang dapat menyampaikan ilmu dengan kesannya di hati dan amal kita.

Kita perlukan kaedahnya yakni Manhaj. Tahu kaedah atau uslubnya. Perubahan satu proses berperingkat. Biar sedikit demi sedikit. Jangan dipaksa dalam tempoh masa yang singkat.

Kita perlukan persekitaran yang baik yakni Biah. Biah solehah membentuk suasana yang mengajak-ngajak kepada amal soleh dan menjauhi perkara mungkar pastinya membantu membina fikiran dan hati yang sehat.

Murabbi, manhaj dan biah adalah tiga element penting dalam perubahan.

Moga-moga kita sentiasa punya azam untuk berubah menjadi lebih baik. Umpama sebatang pokok yang besar dan sihat, ia pastinya dapat memberi teduh kepada hidupan yang lain. Manfaat kepada diri juga kepada yang lain.

Jadikan taugeh sebagai entiti dalam mengajak diri kepada perubahan.

Till then.
Wassalam.